Followers

Friday 9 November 2012

Roti gebus dan sedappp....


Salam Jumaat semua....

Hari ini adalah hari terakhir alam persekolahan pada tahun 2012 inii. Disana sini sibuk dengan majlis graduasi buat pelajar-pelajar cemerlang, jamuan akhir tahun, menghadapi ujian peperiksaan dan bermacam-macam lagi. Ape² pon buat anak-anak yang cemerlang, diucapkan tahniah dan terus cemerlang menjadi insan-insan berperibadi mulia dimasa akan datang. ameen. Anak den tahun tak terpilih plak nak dapat anugerah pada tahun ni...hukhukhukuhk...tidak mengapa anakku masa depanmu masih jauh dihadapan.....


heiiiiii...banyak celoteh jerkkk.... kali ini mimie nak share santapan roti yang selalu jerk singgah kat mulu t ni haa...ape tidaknya, semenjak ade pembantu ni (BM) terajin plak nak membuat roti samada untuk santapan sendiri mahupun bekalan anak-anak dare ni ke sekolah ade juga rakan-rakan mereka ingin menumpang merasai air tangan roti mimie ni. Haishhhh..... dapat juga menambah duit poket mereka....hihiihhi


ROTI MANIS
Sumber : Dah tak ingat buku resepi mn yg mimie refer...nti mimie update yerr...

250g tepung roti
11g yis
4g garam
50g gula
4g susu tepung
1sk bread improver
1/2 biji telur
120ml air
30g butter
Cara-cara :-

Mimie guna BM yerr...

Masukkan kesemua bahan kedalam BM kecuali butter. Jarakkan antara garam dan yis. Dikhuatiri yis akan tidak aktif. Tekan untuk 'dough' dan ON. Biar BM yang membuat kerja.  Tika dough dah membulat masukkan butter. (jika dough masih melekat ditangan tambah tepung sedikit hingga sedikit)
Bulat2kan dough seberat 40g dan susun dalam dulang biarkan rehat selama 8 minit. Kemudian uli (lemperkan mengikut bentuk yang ada suka. Perap roti selama 2 jam.Bakar pada suhu 160 selama 12-15 minit.

Nota : Untuk menguli dough menggunakan tangan, sila refer kat SINI



2 comments:

ibundo said...

cantik tu mie. Buat sendiri ni puas makan...

FnF Simple Life said...

gebus betul roti2...mcm2 jenis pula tuuu...