Followers

Thursday, 11 July 2013

Mini Murtabak



Salam Ramadhan Al-Mubarakk....

Hari ini adalah ahari ke-2 umat islam di Malaysia ini menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Masuk saja bulan Ramadhan terasa sejuk sedikit udara di Malaysia ni. Hujan yaang diganti dengan cuaca panas terik pada sebelumnya...Alhamdulillah...

Ya... bercerita mengenai resepi hari ini, Mini Murtabak ini adalah menu berbuka pada hari pertama berpuasa iaitu semalam laa kan... Memang sedapp. Confirm ada rase macam iras-iras kat bazaar-bazaar yang menjual murtabak ni. Cuma kelainan nyer pada kuli murtabak ni iaitu menggunakan kulit popia berbeza yang berada diluar sana. Tapi licin habis disapu kami sekeluarga. Siap kak Ngah order untuk menu ulangan nanti...
Terima kasih pada empunya resepi ini. Mimie ambil resepi ni dari group "Mai Share Resepi" di FB. Kepada empunya resepi ni moga dimurahkan rezeki dan resepi ini mimie panjangkan di sini ....


MINI MURTABAK

BAHAN2

400 gram @ sepeket daging/ayam kisar ( mimie guna Ramly)
2 labu bawang besar } dadu
6 ulas bawang putih }
1 peket rempah kari ayam (mimie ltk 5 sudu besar)

2 tangkai daun sup - di potong kecil (mimie tambah)
sedikit garam
sedikit minyak

1 labu bawang besar di dadu
4 biji telur
sedikit minyak
Kulit popia

KUAH BAWANG MERAH

1 biji bawang besar
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili 

Sedikit air
beberapa titik pewarna merah
garam dan gula

CARA2

Hiris bawang besar. Satukan bahan2 lain ke dlm mangkuk. Gaul rata dan sejukkan selama beberapa jam di dalam peti sejuk.

CARA2

  1. Panaskan sedikit minyak utk menumis bahan2 yg telah didadu.
  2. Biar wangi dan garing.
  3. Masukkan daging/ayam kisar dan rempah kari, sedikit garam.
    Biar kering air daging dan alihkan dari api.
  4. Di dalam mangkuk lain, pukul telur bersama2 sebiji bawang yg di dadu.
  5. Curahkan daging/ayam yg telah dimasak tadi ke dalam mangkuk telur. Gaul sebati.
  6. Sediakan kulit popia. Letakkan inti dan lipat sebaik mungkin. Saya gamkan dengan sedikit minyak di tepi lipatannya.
  7. Sedia utk digoreng. Saya goreng menggunakan sedikit minyak spt menggoreng roti canai dan murtabak di pasar2 malam tu.

Resepi ini boleh dapat 12 keping murtabak. Sila gandakan jumlahnya jika nak makan banyak2. Nanti tak cukup macam kami, ekekeke..




No comments: