Followers

Wednesday, 17 July 2013

Kek Kukus Moist Peanut Butter-Chocolate



Assalammualaikum....

Alhamdulillah...sudah semingu kita menunaikan ibadah puasa ni yerr...sedar tak sedar, masa begitu cepat berlalu..

Kek coklat moist resepi kek kukus terkenal dari Puan Munira Baharum ni memang tak jemu-jemu kami sekeluarga menjamahnya. Apatah lagi di bulan puasa ni, masih ade juga permintaan anak-anak untuk berbuka puasa dengan menjamah kek. Untuk memberi kelainan sedikit, mimie tambah dengan perasa peanut butter.
Wooww....gabungan coklat dengan peanut butter ni memang jadi kesukaan kami sekeluarga. Sedap laaa...memang tersangat laa sedapp. Mereka yang menjamah ni tidak henti-henti memuji kesedapan kek yang diolah ni. Hmmm...nak kene buat lagi ler nampaknyer nii....


KEK KUKUS MOIST PEANUT BUTTER-CHOCOLATE

Bahan-bahan:-
A
1 cawan gula pasir (mimie letak 3/4 cwn jer)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis (mimie letak 3/4cwn)
1 cawan minyak (mimie guna minyak jagung)
4 sb peanut butter creamy - mimie tambah
1 sk nescafe (mimie tak letak sbb x de stok hhiih)
(Semua bahan diatas dimasak dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Rehatkan)

B
3/4 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat - mimie ltk 1/2 sk jer..
1 sk baking powder
(Satukan dan diayak)

C
4 biji telur (pukul hingga kembang)

  • Masukkan bahan B dan C secara berselang seli ke dalam bahan A dan gaul dengan senduk atau spatula.
  • Masukkan adunan kedalam loyang yang telah dilapik kertas kalis minyak. (mimie hanya letak butter dan ditabur dengan sedikit tepung)
  • Kukus selama 1 jam 

NOTA : Jangan buka pengukus semasa proses pengukusan 45 minit pertama, dikhuatiri kek akan menjadi mendap.


1 comment:

june mohd said...

nampak sedap, gebu & moist...fuh, delicious :-)