Followers

Monday 5 November 2012

Kueh Bakar / Bingka Pandan


Assalammualaikum.....

Kueh peberet arwah abah (Al-Fatihah), teringat kalau makan kueh ni mesti ingat arwah abah...huhuuh kalau ler abah ade lagi mauk dibuat hari-hari.

Mengikut resepi ini ade persamaan dengan chef Kak Hanieliza.....memang senang resepi ni...tak payah nak di timbang sukat, hanya menggunakan sukatan cawan metrik atau sukatan cawan mangkuk anda sendiri (jika mahu adunan yang lebih)..heheheheh



Kueh Bakar / Bingka Pandan
Resepi asal : Chef Hanieliza

1 cawan gula - mimie letak 1/2 cawan gula
1 cawan jus pandan - 6 helai daun pandan diblend bersama 1 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
2 susu besar mentega - dicairkan
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan secukupnya

Cara-cara-

Satukan kesemua bahan dan diblend kecuali bijan.
Lenser loyang dan tuangkan adunan.
Bakar pada suhu 180 selama 1 jam atau masak.

Note : taburkan bijan pada 20 minit pertama dan bakar semula hingga masak.



No comments: