Followers

Friday 1 November 2013

UP SIDE DOWN BANANA CAKE


tak dapat seksi-seksi....terlebih hitam sedikit karemel tuu...

Assalammualaikum...

Sejak kebelakangan ini, hujan yang lebat hampir membasahi bumi Cheras saban hari...Sejukkkk. Kalo sejuk, mula lah suara manja anak-anak mimie mohon diisi dengan sesuatu yang boleh mengenyangkan perut mereka hatta dapat juga menjadi kudapan waktu hujan-hujan ni... Kalau dah lapar juga mimie ni, rajin sikit lah nak 'menggodek' kudapan waktu hujan ni haa...

Kek pisang ini juga antara 'peberet' mimie dalam banyak-banyak versi kek pisang. Apakan tidak, banyak dilimpahi dengan pisang. Atas, bawah, dalam...sumer ada pisang...best. dapat makan keke dengan rase masam-masam manis pisang. Betul cakap Ida, kalau dah kek pisang di jamu, licin jer pinggan.....hihihiih


UP SIDE DOWN BANANA CAKE
Sumber :  idaddapur


Karamel
  • 100gm gula pasir
  • 6 pisang berangan ranum (di belah 2)
Adunan Kek
  • 160gm tepung gandum
  • 60gm tepung jagung
  • 2 biji pisang di lecek halus(mimie ltk 4 biji pisang berangan)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 3 biji telur (asingkan putih telur)
  • 50ml minyak masak / mentega cair
  • 40ml air
  • 1/4 sudu teh garam (mimie skip)
  • 140gm gula kaster
  • 125ml susu cair ......ida guna susu segar jer

Loyang 8"

Cara-cara :
Karamel :
Masukkan gula ke dalam loyang dan cairkan hingga gula perang. Goyangkan karamel kiri dan kanan loyang tanpa mengacaunya sehingga rata. Biarkan sejuk. Kemudian gris tepi loyang dengan mentega atau minyak. Susun hirisan pisang di atasnya rapat-rapat.
Adunan Kek :
  • Pukul putih telur dan garam hingga kental dan bertanduk. Ketepikan. Mimie pukul dengan gula.
  • Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan baking powder. Ketepikan.
  • Satukan kuning telur, air dan minyak masak, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan putih. Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair hingga rata dan sebati.
  • Masukkan pisang lecek, gaul rata. Kemudian kaup balikkan dengan adunan putih telur hingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang berisi karamel dan bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu selama 45 minit pada suhu 180C.
  • Keluarkan kek dan terbalikkan ke atas redai.
   


Friday 18 October 2013

Molten Chocolate Lava Cake


Assalammualaikum.....w.b.t.

Tiup jappp.....fuhhh...fuhhh....fuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhh.....
Punyalah berabuk dan bersawang2 dah blog kecik molek ni haa....da lama tak update. Bukan kesibukan yang menghalang mimie untuk update blog mimie ni, tapi mood dari hati yang tidak mengizinkan untuk berbuat demikian. Yea laaa kn....hampir 3 bulan mimie tidak mengemaskini blog mimie ni, tapi.....teettttttttttt (sila isi tempat kosong....hihihihi)


Bercerita menu diatas ni...fuuuhhh...Molten Chocolate LAva Cake!..Haaa...nama pon dah terbayang bagaiman rupa keadaan cake ala2 muffin nii....Memang mewah dengan rasa coklat.Iyerr...kaya dengan rase coklat. Apatah lagi bila makan lava coklat tuu....memang bestt.

Asalnya, En HB layan channel AFC (tak ingat rancangan ape) terpapar hidangan MCLC ni... terentap kott.... Jadi..ikutkan ajelah kan...boleh juga menumpang rasa. Seingat-ingat mimie Molten Ccholate Lava Cake ni amat popular 2-3 tahun yang lepas..haaa...baru kali ini mimie mencuba. Kalau ler tahu rasenyer mewah dengan coklat, awal-awal lagi dah mencuba resepi ni.....


MOLTEN CHOCOLATE LAVA CAKE
Sumber : cekvisionhomes

A. Untuk Kek
  • 180 - 185 grams Dark Baking Chocolate...( dipotong2 kiub @ diracik...)
  • 113 grams butter 
  • 1 cawan gula icing ( mimie guna gula castor 1/2 cwn dan kurangkn 2sb)
  • 2 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 6 sudu besar tepung..
  • Sedikit butter dan gula halus untuk disapukan kedalam mould..
  • Ramekin @ mould yang bersesuaian...

B. Untuk Hiasan/Topping
  • 2 cawan  Whipping Cream ( Cold Non Dairy Whipping Cream...)
  • 2 sudu besar  gula kastor halus

Nota  :
Untuk bahagian hiasan/topping aku tak guna whipping cream pun...tak rajin masa ni...he he...topping ngan ais cream je....emmm...pun sedapppp gakkk.... :D

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Panaskan oven 200 darjah Celcius...
  • Sapukan ramekin/mould ngan butter dan taburkan gula halus...golek/ratakan...kuarkan lebihan gula halus yg masih ada dalam ramekin/mould...susun diatas baking tray....
  • Menggunakan microwave....tekan High lebih kurang 1 minit....cairkan chocolate dan butter....kuarkan dari microwave...kacau sebatikan coklat dan butter..(mimie guna kaedah 'double-boiler'.)
  • Masukkan gula...kacau sebati gula bersama ngan adunan coklat....
  • Telur dan kuning telur dicampurkan dan dikocok perlahan....masukkan kedalan adunan campuran coklat tadi...kacau sebati lagi...
  • Akhir sekali masukkan tepung....kacau sebati adunan ni....tuangkan adunan 3/4 dari acuan ramekin/mould...
  • Bakar kek dalam lingkungan 10 - 14 minit...sehingga sekeliling kek mula keras tapi dibahagian tengah kek masih lembut lagi....kalau terover bake....kek akan masak sepenuhnya dan lava kek tak terhasil....
  • Setelah masak...kuarkan kek dari oven...
  • Kek sedap dimakan ketika masih suam....

B.  Untuk Hiasan/Topping
  • Menggunakan stand @ hand mixer...pukul whipping cream bercampur gula sehingga kental...siap untuk digunakan...

Nota  :
Untuk topping terpulang pada citarasa memasing....samada nak guna whipping cream @ ais cream....memang sedapppp.....



Wednesday 17 July 2013

Kek Kukus Moist Peanut Butter-Chocolate



Assalammualaikum....

Alhamdulillah...sudah semingu kita menunaikan ibadah puasa ni yerr...sedar tak sedar, masa begitu cepat berlalu..

Kek coklat moist resepi kek kukus terkenal dari Puan Munira Baharum ni memang tak jemu-jemu kami sekeluarga menjamahnya. Apatah lagi di bulan puasa ni, masih ade juga permintaan anak-anak untuk berbuka puasa dengan menjamah kek. Untuk memberi kelainan sedikit, mimie tambah dengan perasa peanut butter.
Wooww....gabungan coklat dengan peanut butter ni memang jadi kesukaan kami sekeluarga. Sedap laaa...memang tersangat laa sedapp. Mereka yang menjamah ni tidak henti-henti memuji kesedapan kek yang diolah ni. Hmmm...nak kene buat lagi ler nampaknyer nii....


KEK KUKUS MOIST PEANUT BUTTER-CHOCOLATE

Bahan-bahan:-
A
1 cawan gula pasir (mimie letak 3/4 cwn jer)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis (mimie letak 3/4cwn)
1 cawan minyak (mimie guna minyak jagung)
4 sb peanut butter creamy - mimie tambah
1 sk nescafe (mimie tak letak sbb x de stok hhiih)
(Semua bahan diatas dimasak dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Rehatkan)

B
3/4 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat - mimie ltk 1/2 sk jer..
1 sk baking powder
(Satukan dan diayak)

C
4 biji telur (pukul hingga kembang)

  • Masukkan bahan B dan C secara berselang seli ke dalam bahan A dan gaul dengan senduk atau spatula.
  • Masukkan adunan kedalam loyang yang telah dilapik kertas kalis minyak. (mimie hanya letak butter dan ditabur dengan sedikit tepung)
  • Kukus selama 1 jam 

NOTA : Jangan buka pengukus semasa proses pengukusan 45 minit pertama, dikhuatiri kek akan menjadi mendap.


Tuesday 16 July 2013

Jus Nenas Madu



Asslammualaikum....

Jus Nenas ni adalah atas permintaan dri sendiri dan buat sendiri juga...hihihih. Minuman ini adalah minuman untuk berbuka pada hari ke-3 yang lepas. Pure Jus ni. No bahan pengawet-pengawet ni. Dari buah dan dimasak dengan gula terus terjun kat tekak ni.hihihiih

Terlihat buah nenas madu yang telah masak ranum di kedai berdekatan, terliur dan teringat pula pada air Jus Nenas... 
Sejuk dan segar jer, mengalir kat tekak ni. Amat ler sesuai diminum waktu cuaca panas terik.... dan sedap mkan dengan isi-isi nanas tuu....nyaman nyerrr.....


JUS NENAS MADU
Resepi : Sugar n Spice

1 biji  buah nenas madu yang masak ranum dipotong dadu
Air 
Gula

Satukan semua bahan diatas di dalam periuk dan dimasak selama 2 jam atau hingga nenas menjadi jernih.
Masukkan Jus nenas dan isinya kedlam separuh gelas dan ditambah dengan setengah air sejuk dan ais. Kacau dan sedia dihidangkan.


Monday 15 July 2013

Cucur Udang Tembam Lagi....



Assalammualaikum....

Tanpa disedari, kita sudah memasuki hampir seminggu  berpuasa iaitu puasa yang ke-6 hari ini. Oleh itu menambah baikkn amalan kita setiap hari di bulan yang penuh barakah ini. Insya Allah..

Menu kali ini adalah menu ulangan yang sudah banyak kali disediakan atas permintaan rakyat dirumah ini. Feveret mereka dan peberet anak tekak mimie jugaaaa...hihii
Sedapp layan cucur udang yang tembam macam empunya tuan badan ni....sedap makan waktu berbuka puasa, lagi ler makan bertambah-tambah....

Resepi boleh tengok DISINI ok..

Selamat mencuba....


Thursday 11 July 2013

Mini Murtabak



Salam Ramadhan Al-Mubarakk....

Hari ini adalah ahari ke-2 umat islam di Malaysia ini menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Masuk saja bulan Ramadhan terasa sejuk sedikit udara di Malaysia ni. Hujan yaang diganti dengan cuaca panas terik pada sebelumnya...Alhamdulillah...

Ya... bercerita mengenai resepi hari ini, Mini Murtabak ini adalah menu berbuka pada hari pertama berpuasa iaitu semalam laa kan... Memang sedapp. Confirm ada rase macam iras-iras kat bazaar-bazaar yang menjual murtabak ni. Cuma kelainan nyer pada kuli murtabak ni iaitu menggunakan kulit popia berbeza yang berada diluar sana. Tapi licin habis disapu kami sekeluarga. Siap kak Ngah order untuk menu ulangan nanti...
Terima kasih pada empunya resepi ini. Mimie ambil resepi ni dari group "Mai Share Resepi" di FB. Kepada empunya resepi ni moga dimurahkan rezeki dan resepi ini mimie panjangkan di sini ....


MINI MURTABAK

BAHAN2

400 gram @ sepeket daging/ayam kisar ( mimie guna Ramly)
2 labu bawang besar } dadu
6 ulas bawang putih }
1 peket rempah kari ayam (mimie ltk 5 sudu besar)

2 tangkai daun sup - di potong kecil (mimie tambah)
sedikit garam
sedikit minyak

1 labu bawang besar di dadu
4 biji telur
sedikit minyak
Kulit popia

KUAH BAWANG MERAH

1 biji bawang besar
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili 

Sedikit air
beberapa titik pewarna merah
garam dan gula

CARA2

Hiris bawang besar. Satukan bahan2 lain ke dlm mangkuk. Gaul rata dan sejukkan selama beberapa jam di dalam peti sejuk.

CARA2

  1. Panaskan sedikit minyak utk menumis bahan2 yg telah didadu.
  2. Biar wangi dan garing.
  3. Masukkan daging/ayam kisar dan rempah kari, sedikit garam.
    Biar kering air daging dan alihkan dari api.
  4. Di dalam mangkuk lain, pukul telur bersama2 sebiji bawang yg di dadu.
  5. Curahkan daging/ayam yg telah dimasak tadi ke dalam mangkuk telur. Gaul sebati.
  6. Sediakan kulit popia. Letakkan inti dan lipat sebaik mungkin. Saya gamkan dengan sedikit minyak di tepi lipatannya.
  7. Sedia utk digoreng. Saya goreng menggunakan sedikit minyak spt menggoreng roti canai dan murtabak di pasar2 malam tu.

Resepi ini boleh dapat 12 keping murtabak. Sila gandakan jumlahnya jika nak makan banyak2. Nanti tak cukup macam kami, ekekeke..




Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan


Assalammualaikum w.b.t

Di sini mimie mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN bagi pembaca-pembaca blog mimie ini. Semoga kita sama-sama merebut peluang ganjaran pahala yang banyak yang tiada di bulan-bulan yang lain. InsyaAllah.

Disini juga mimie mohon andai ada salah silap samaada pada pembaca dan pada blogger-blogger yang lain.



Monday 8 July 2013

Chocolate Chips KakNoor Cookies



Assalammualaikum....

Bertemu lagi.

Disini mimie nak beritahu kepada pembaca diluar sana jika ada yang tidak mencukupi masa untuk membuat kukis raya (chocolate chips), mimie suggestkan tepung Almondkiss ni adalah amat sesuai untuk kaun ibu-ibu atau yang bujang di luar sana untuk membuat kukis  raya hasil dari air tangan sendiri. Atleast bakar sendiri kan...hihihi
 

Bertemu dengan pemilik asal tepung ni memang best, mesra alam, dan tidak lokek ilmu yang dipelajari iatu dari Pn Ayie ni. Dapat jer tepung magic ni terus jer mimie bancuh untuk dihidang bersama keluarga. Memang rangup, mewah dengan segala coklat chips dan badamnya sekali. Tak perlu lah kita nak sukat-sukat tepung bagai..hanya tambah telur dan buttercup (margerin) dan dibakar.Siap. Terus dinikmati. Jika ade yang berminat bole jer inpom kat mimie.....


Friday 5 July 2013

Homemade Peanut Butter-Chocolate Filling



Assalammualaikum....
Jumpa lagi dihari Jumaat yang penuh barokah ini.....semoga hari ini adalah lebih baik dari hari semalam...InsyaAllah....

Peanut Butter-Chocolate Filling ni, terhidang nyer disini bermulanya dari mimie 'menggodek' (ayat apaa daaa) kek chocolate moist atau mana-mana topping yang mimie 'godek' (ayat ni lagi) jika ade sisa-sisa coklat ni, haaa...berebutlah si anak dara ni nak merasa dihujung jari atau sempat juga meminta untuk disapu diatas sekeping roti....kalau dah dapat tuuu...alahaaiii...suka yang amat anak-anak mimie ni. Memang sedap...terasa gabungan peanut butter bersama coklat....memang besttt...

Bagi nak merasa lagi sedap atau betul-betul untuk disapu di atas sekeping roti, mimie terjumpa pula resepi mudah di dapur Noorsha ni....cuma mimie ade derhaka sedikit resepi asal....nak sesuaikan dengan anak tekak sendiri..huhiihihi...Terima kasih pada empunya resepi asal ni...Mimie share resepi ni kat sini yerr...



HOMEMADE PEANUT BUTTER-CHOCOLATE FILLING 

Bahan-bahan :-
  • 250ml susu sejat
  • 180ml air suam
  • 180gm gula castor - mimie guna gula pasir 140g
  • 60gram serbuk koko
  • 60gram tepung jagung - mimie letak 30g jer
  • 2 sudu besar peanut butter (creamy) - mimie tambah
  • 2 sudu besar susu pekat manis - mimie tambah
  • 1 sudu besar tepung gandum (yg ni mimie x letak)
  • 60gram mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :-
  • Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
  • Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
  • Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
  • Masukkan mentega dan vanila.
  • Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
  • Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

Tuesday 18 June 2013

Biskut Dahlia



Assalammualaikum....

Dah nak raya ker niiiiii...??? Ramadhan pon belum tiba lagiiii..... Haishhh....makan biskut nostalgia ni, tak perlu la nak tunggu hari raya kan.... bila-bila ada kelapangan dan nak merasa biskut ni, terus jer mengadun. Lagipun buat kuih ni tak ler susah sangat. Bahan nyer mudahh...dah sedia ada didapur kecik molek ni haaa... apalagii...projek ngan anak dara ler petang semalam...Harini......da licin.... 
Ala-ala nak praktiskan tangan ni nak buat kukis raya nanti. Biskut ni juga antara peberet anak-anak mimie dan setiap tahun mesti ade biskut dahlia zaman berzaman ni.....cuma ditengah-tengah biskut ni selalu letak hirisan cherry kali ni mimie tukarkan pada chocolate chips. Bebudak ni tidak pula menggemari cherri tapi kalau chocolate chips ni habis sekali ngapp ajerrr....hihiih


BISKUT DAHLIA
Sumber : Mat Gebu

300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*

100 g tepung jagung*

160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan - mimie tukar pd chocolate chips

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


Monday 17 June 2013

APPLE PIE



Assalammualaikum....

Hmmmm...serang ni cuaca dah tak menentu. Setelah seminggu dibumi Cheras ni tak dilimpahi hujan timbul pula keadaan yang agak berjerebu. Mendung yang tak beerti nak hujan. Amatlah tidak sesuai untuk membuat aktiviti bersama keluarga diluar. Jalan yang terbaik adalah berkumpul bersama keluarga dirumah saje lah kan....

Bercerita mengenai Pie Apple ni, memang dah lama mimie idamkan dan petang semalam baru tertunai hajat mimie ni. (bahan baru cukup..hihihi). Sedap dimakan waktu senggang. Cuma inti pie tu, rasa mimie tak perlulah diletak gula berlebihan (manis sangat bebb..) memadailah hanya di karemelkan saja apple tu. Tak perlu manis-manis sangat nanti hilang pula rasa masam-masam apple original tu nanti. Biarlah senyuman tu yang terlebih manis kannn.... ;)



APPLE PIE
Sumber : Lyana

Inti

6 biji epal ( 4 biji epal merah + 2 biji epal hijau ) - dibuang kulit dan dipotong dadu
200g gula/gula perang - mimie letak 130g next time nk ltk sedikit saje
20g tepung jagung (mimie letak 1sb jer)
  • Gula dimasak dengan 2 sudu besar air hingga keperangan (caramel). Masukkan buah epal yang telah dipotong dadu tadi dan dikacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga menjadi pekat. Tutup api. Ketepikan.

Inti pie yang telah siap.

Dough

500g tepung gandum
200g mentega
2 biji telur
250g gula halus (icing) 
  • Gaul tepung dan gula. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan telur (tinggalkan sedikit telur untuk sapuan dough nanti) dan gaul/uli hingga adunan tidak melekat pada tangan.
  • Wrap dough dengan plastik dan sejukkan dlam peti sejuk selama 30 minit.
  • Keluarkan dough dan canaikan dough setebal 1/2cm dan ditampal pada loyang pie. Masukkan inti dan tutup pie dengan baki adunan dough tadi. (boleh ditutup mengikut kretiviti masing-masing).
  • Sapukan dough dengan baki telur hingga rata dan bakar pada suhu 175 selama 30minit.






Thursday 13 June 2013

MUFFIN CHOCOLATE CHIPS



Assalammualaikum....

Hari ini hanya nak share resepi yang sangat-sangat mudah ni....Resepi Muffin Chocolate Chips ni...Kalau di google ade pelbagai jenis dan cara Muffin Chocolate Chips ni. Tapi yang ni mudah bagi mimie dan sedap dimakan. moist jerrrrr.... nak lagi sedap letak ler chocolate chips tu banyak-banyak bagi mewah sikit.



MUFFIN CHOCOLATE CHIPS 
Sumber : Syamammokhni

250g tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sk serbuk soda bikarbonat
2 sb serbuk koko 
170g gula caster  (bleh kurangkan sikit...)
150g coklat chips ( tinggalkan suku bahagian untk ditaburkan sbg hiasan...)
200ml susu segar - mimie ltk 250ml
80ml minyak sayuran (guna minyak jagung....) - mimie ltk90ml
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
 
Cara-caranya:
  • Panaskan oven pada suhu 180-190 darjah Celcius.
  • Campurkan tepung + serbuk penaik + serbuk soda bikarbonat (ayak sikit supaya tiada ketul2 yg bleh mnyebabkan rasa pahit jika tak rata) + serbuk koko + gula dan tiga perempat coklat chips ke dlm mangkuk besar dan digaul rata. 
  • Campurkan semua bahan2 cecair ke dalam jug dan kacau sebati.
  • Gaul bahan2 kering bersama bahan2 basah dengan perlahan. Kacau / kaupbalik aje cukup sekadar adunan sebati. JANGAN TERLEBIH KACAU !! Adunan akan nampak cam berketul2 untuk pastikan muffin akan kekal lembap dan fluffy.... 
  • Sudukan adunan ke dalam kertas muffin.
  • Taburkan baki coklat chips ke atas muffin dan bakarnya selama 20 minit atau sampai muffin masak...(dark, risen n springy....)

Monday 10 June 2013

Donut Labu



Assalammualaikum......

Wahhh! Bermula rutin harian seawal pagi lagi setelah 2 minggu cuti sekolah berlalu. Dah tak dapat bangun lewat. Cuti bermalas-malasan dah habesss...

Hmmm...mengenai donut labu kali ini, setelah mimie merasa donut kentang, donut tauhu, donut keledek dan ini antara donut-donut yang paling sedap mimie makan.
Tergoda pula melihat hasil dari dapur Tun Telani, dan keesokannya terus mencari sayur labu. Lagipun amat mudah cara penyediaanya. Semestinya kalau donut olahan ni sedap dan lembut dari donut yang biasa-biasa kita makan tuu... Memang sedap dan lembut sesangat donut ni. Si anak bujang yg sulung tu pun makan macam tak hengat...takut kehabisan. Sedap sangat ler tuuu.....hihihihi



DONUT LABU
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan
  • 500 g tepung gandum
  • 50 ml susu sejat
  • 11 g yis (mimie ltk 3sk saje)
  • 200 g puri labu
  • 100 g gula
  • 75 g marjerin (mimie ltk 60g jer)
  • ½ sk garam
  • 2 bj telur
Cara-cara

  • Campurkan semua bahan kecuali marjerin dan garam dan uli sebentar.
  • Campurkan marjerin dan garam dan uli lagi hingga tdk melekat ditangan. Rehatkan doh selama 15 minit. Campurkan sedikit air jika perlu.
  • Bentukkan menjadi donat dan biarkan 20 minit atau hingga kembang.
    Goreng dan tabur dgn gula.
 ps: dlm resepi ni tun x guna air sbb puri labu dh berair.


Thursday 6 June 2013

Oreo Balls



Assalammualaikum....

Jumpa lagi nooo....

Bercerita mengenai Oreo Balls ni... pada mulanya Angah si anak dara mimie beria-ia sungguh ingin menyuruh mimie mencuba resepi kudapan simple dan sedap ni hasil daripada kelas ala-ala chef dari rumah rakannya. Balik saja dari rumah rakannya terus beria-ia mengajak mimie membeli bahan-bahan oreo balls ni. Senang sangat. Kanak-kanak boleh ler mencuba resepi ni sebab tidak melibatkan api dapur atau pon api elektrik. Bahaya kan...

Resepi senang sangat....sedap dimakan sewaktu menonton tv bersama keluarga. Rasa lemak-lemak cheese bersama manis coklat dan oreo...Fuyyyoooooo....


OREO BALLS
Sumber : Amy
Olahan : Mimie Sugar n Spice

* 1 peket oreo (137g)
* 100 g cream cheese
* 200g dark@milk chocolate compound (pilih 1 ikut citarasa masing2)
* Badam nibs - optional disangai tanpa minyak
* Chocolate Rice untuk hiasan

CARA2NYA:

Masukkan oreo didalam plastik dan tumbuk-tumbukkan hingga hancur. (mimie guna anak lesung). 
Masukkan cream cheese dan gaul dengan tangan yang telah dicuci yerr hingga sebati. Masukkan badam dan gaul rata lagi.
Bulat-bulatkan kecil adunan tadi hingga habis dan sejukkan didalam freeze dalam 1/2 - 1 jam.
Cairkan dark chocolate dan masukkan bola-bola oreo tadi satu demi satu dan susun dia atas loyang. Hias mengikut kretiviti masing-masing.
NOTE : Kuantiti oreo dan cream cheese bergantung pada selera masing-masing hingga boleh dibulat-bulatkan kecil.