Followers

Wednesday 17 July 2013

Kek Kukus Moist Peanut Butter-Chocolate



Assalammualaikum....

Alhamdulillah...sudah semingu kita menunaikan ibadah puasa ni yerr...sedar tak sedar, masa begitu cepat berlalu..

Kek coklat moist resepi kek kukus terkenal dari Puan Munira Baharum ni memang tak jemu-jemu kami sekeluarga menjamahnya. Apatah lagi di bulan puasa ni, masih ade juga permintaan anak-anak untuk berbuka puasa dengan menjamah kek. Untuk memberi kelainan sedikit, mimie tambah dengan perasa peanut butter.
Wooww....gabungan coklat dengan peanut butter ni memang jadi kesukaan kami sekeluarga. Sedap laaa...memang tersangat laa sedapp. Mereka yang menjamah ni tidak henti-henti memuji kesedapan kek yang diolah ni. Hmmm...nak kene buat lagi ler nampaknyer nii....


KEK KUKUS MOIST PEANUT BUTTER-CHOCOLATE

Bahan-bahan:-
A
1 cawan gula pasir (mimie letak 3/4 cwn jer)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis (mimie letak 3/4cwn)
1 cawan minyak (mimie guna minyak jagung)
4 sb peanut butter creamy - mimie tambah
1 sk nescafe (mimie tak letak sbb x de stok hhiih)
(Semua bahan diatas dimasak dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Rehatkan)

B
3/4 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat - mimie ltk 1/2 sk jer..
1 sk baking powder
(Satukan dan diayak)

C
4 biji telur (pukul hingga kembang)

  • Masukkan bahan B dan C secara berselang seli ke dalam bahan A dan gaul dengan senduk atau spatula.
  • Masukkan adunan kedalam loyang yang telah dilapik kertas kalis minyak. (mimie hanya letak butter dan ditabur dengan sedikit tepung)
  • Kukus selama 1 jam 

NOTA : Jangan buka pengukus semasa proses pengukusan 45 minit pertama, dikhuatiri kek akan menjadi mendap.


Tuesday 16 July 2013

Jus Nenas Madu



Asslammualaikum....

Jus Nenas ni adalah atas permintaan dri sendiri dan buat sendiri juga...hihihih. Minuman ini adalah minuman untuk berbuka pada hari ke-3 yang lepas. Pure Jus ni. No bahan pengawet-pengawet ni. Dari buah dan dimasak dengan gula terus terjun kat tekak ni.hihihiih

Terlihat buah nenas madu yang telah masak ranum di kedai berdekatan, terliur dan teringat pula pada air Jus Nenas... 
Sejuk dan segar jer, mengalir kat tekak ni. Amat ler sesuai diminum waktu cuaca panas terik.... dan sedap mkan dengan isi-isi nanas tuu....nyaman nyerrr.....


JUS NENAS MADU
Resepi : Sugar n Spice

1 biji  buah nenas madu yang masak ranum dipotong dadu
Air 
Gula

Satukan semua bahan diatas di dalam periuk dan dimasak selama 2 jam atau hingga nenas menjadi jernih.
Masukkan Jus nenas dan isinya kedlam separuh gelas dan ditambah dengan setengah air sejuk dan ais. Kacau dan sedia dihidangkan.


Monday 15 July 2013

Cucur Udang Tembam Lagi....



Assalammualaikum....

Tanpa disedari, kita sudah memasuki hampir seminggu  berpuasa iaitu puasa yang ke-6 hari ini. Oleh itu menambah baikkn amalan kita setiap hari di bulan yang penuh barakah ini. Insya Allah..

Menu kali ini adalah menu ulangan yang sudah banyak kali disediakan atas permintaan rakyat dirumah ini. Feveret mereka dan peberet anak tekak mimie jugaaaa...hihii
Sedapp layan cucur udang yang tembam macam empunya tuan badan ni....sedap makan waktu berbuka puasa, lagi ler makan bertambah-tambah....

Resepi boleh tengok DISINI ok..

Selamat mencuba....


Thursday 11 July 2013

Mini Murtabak



Salam Ramadhan Al-Mubarakk....

Hari ini adalah ahari ke-2 umat islam di Malaysia ini menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Masuk saja bulan Ramadhan terasa sejuk sedikit udara di Malaysia ni. Hujan yaang diganti dengan cuaca panas terik pada sebelumnya...Alhamdulillah...

Ya... bercerita mengenai resepi hari ini, Mini Murtabak ini adalah menu berbuka pada hari pertama berpuasa iaitu semalam laa kan... Memang sedapp. Confirm ada rase macam iras-iras kat bazaar-bazaar yang menjual murtabak ni. Cuma kelainan nyer pada kuli murtabak ni iaitu menggunakan kulit popia berbeza yang berada diluar sana. Tapi licin habis disapu kami sekeluarga. Siap kak Ngah order untuk menu ulangan nanti...
Terima kasih pada empunya resepi ini. Mimie ambil resepi ni dari group "Mai Share Resepi" di FB. Kepada empunya resepi ni moga dimurahkan rezeki dan resepi ini mimie panjangkan di sini ....


MINI MURTABAK

BAHAN2

400 gram @ sepeket daging/ayam kisar ( mimie guna Ramly)
2 labu bawang besar } dadu
6 ulas bawang putih }
1 peket rempah kari ayam (mimie ltk 5 sudu besar)

2 tangkai daun sup - di potong kecil (mimie tambah)
sedikit garam
sedikit minyak

1 labu bawang besar di dadu
4 biji telur
sedikit minyak
Kulit popia

KUAH BAWANG MERAH

1 biji bawang besar
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili 

Sedikit air
beberapa titik pewarna merah
garam dan gula

CARA2

Hiris bawang besar. Satukan bahan2 lain ke dlm mangkuk. Gaul rata dan sejukkan selama beberapa jam di dalam peti sejuk.

CARA2

  1. Panaskan sedikit minyak utk menumis bahan2 yg telah didadu.
  2. Biar wangi dan garing.
  3. Masukkan daging/ayam kisar dan rempah kari, sedikit garam.
    Biar kering air daging dan alihkan dari api.
  4. Di dalam mangkuk lain, pukul telur bersama2 sebiji bawang yg di dadu.
  5. Curahkan daging/ayam yg telah dimasak tadi ke dalam mangkuk telur. Gaul sebati.
  6. Sediakan kulit popia. Letakkan inti dan lipat sebaik mungkin. Saya gamkan dengan sedikit minyak di tepi lipatannya.
  7. Sedia utk digoreng. Saya goreng menggunakan sedikit minyak spt menggoreng roti canai dan murtabak di pasar2 malam tu.

Resepi ini boleh dapat 12 keping murtabak. Sila gandakan jumlahnya jika nak makan banyak2. Nanti tak cukup macam kami, ekekeke..




Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan


Assalammualaikum w.b.t

Di sini mimie mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN bagi pembaca-pembaca blog mimie ini. Semoga kita sama-sama merebut peluang ganjaran pahala yang banyak yang tiada di bulan-bulan yang lain. InsyaAllah.

Disini juga mimie mohon andai ada salah silap samaada pada pembaca dan pada blogger-blogger yang lain.



Monday 8 July 2013

Chocolate Chips KakNoor Cookies



Assalammualaikum....

Bertemu lagi.

Disini mimie nak beritahu kepada pembaca diluar sana jika ada yang tidak mencukupi masa untuk membuat kukis raya (chocolate chips), mimie suggestkan tepung Almondkiss ni adalah amat sesuai untuk kaun ibu-ibu atau yang bujang di luar sana untuk membuat kukis  raya hasil dari air tangan sendiri. Atleast bakar sendiri kan...hihihi
 

Bertemu dengan pemilik asal tepung ni memang best, mesra alam, dan tidak lokek ilmu yang dipelajari iatu dari Pn Ayie ni. Dapat jer tepung magic ni terus jer mimie bancuh untuk dihidang bersama keluarga. Memang rangup, mewah dengan segala coklat chips dan badamnya sekali. Tak perlu lah kita nak sukat-sukat tepung bagai..hanya tambah telur dan buttercup (margerin) dan dibakar.Siap. Terus dinikmati. Jika ade yang berminat bole jer inpom kat mimie.....


Friday 5 July 2013

Homemade Peanut Butter-Chocolate Filling



Assalammualaikum....
Jumpa lagi dihari Jumaat yang penuh barokah ini.....semoga hari ini adalah lebih baik dari hari semalam...InsyaAllah....

Peanut Butter-Chocolate Filling ni, terhidang nyer disini bermulanya dari mimie 'menggodek' (ayat apaa daaa) kek chocolate moist atau mana-mana topping yang mimie 'godek' (ayat ni lagi) jika ade sisa-sisa coklat ni, haaa...berebutlah si anak dara ni nak merasa dihujung jari atau sempat juga meminta untuk disapu diatas sekeping roti....kalau dah dapat tuuu...alahaaiii...suka yang amat anak-anak mimie ni. Memang sedap...terasa gabungan peanut butter bersama coklat....memang besttt...

Bagi nak merasa lagi sedap atau betul-betul untuk disapu di atas sekeping roti, mimie terjumpa pula resepi mudah di dapur Noorsha ni....cuma mimie ade derhaka sedikit resepi asal....nak sesuaikan dengan anak tekak sendiri..huhiihihi...Terima kasih pada empunya resepi asal ni...Mimie share resepi ni kat sini yerr...



HOMEMADE PEANUT BUTTER-CHOCOLATE FILLING 

Bahan-bahan :-
  • 250ml susu sejat
  • 180ml air suam
  • 180gm gula castor - mimie guna gula pasir 140g
  • 60gram serbuk koko
  • 60gram tepung jagung - mimie letak 30g jer
  • 2 sudu besar peanut butter (creamy) - mimie tambah
  • 2 sudu besar susu pekat manis - mimie tambah
  • 1 sudu besar tepung gandum (yg ni mimie x letak)
  • 60gram mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :-
  • Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
  • Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
  • Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
  • Masukkan mentega dan vanila.
  • Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
  • Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.