Followers

Tuesday 28 February 2012

Super Moist Carameled Banana Cake


As-salam.....jumpa lagi. N3 kali ini mimie nak share lagi satu resepi kek pisang gebu dan lembab nih. Dan dah banyak kali ler kek ni digodek kalau ada saki baki pisang yang tak diusik. Setelah menikmati kek pisang lembab ni, rasenyer dah lama bebebor mimie tak membeli kek pisang di luar sana. Apatah lagi kek pisang ini tidak berminyak. Layan jer laa yer...takmo cakap banyakk....ecececcee.....


SUPER MOIST CARAMELED BANANA CAKE
Resepi : KakFida@MyResepi

1 cawan pisang lecek (240 g)
1 cawan gula halus (200 g) - mimie ltk 1/2 cawan jerr
125 g mentega (1/2 buku)
1 sk bicarbonate soda
2 sb susu segar
2 biji telur - A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) - ayak 

Cara-caranya :-

Pisang lecek, gula, mentega, soda bikarbonatdan susu disatukan dalam periuk bersih.
Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga berkaramel.Sejukkan dan alehkan ke dalam mangkuk pengadun.
Masukan telur dan tepung sambil dikacau hingga adunan sebati.Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
Adunan boleh juga dikukus..
.

Monday 27 February 2012

CUCUR UDANG TEMBAM


Assalammualaikum....meh sini nk share resepi cucur udang tembam dari CMG yang sedappp laa yang amat. Kompom tembam, montok gebus n etc. Memang dah lama sesangat nak buat cucur udang nih. Dari dok terpandang dari dapor izahdaut yang tak berkelip-kelip mata tengok cucur udangnyer...komen izahdaut pon tak sabo² plak untuk menikmati ketembaman cucur nih....

Yezzaaa.....petang semalam dok cuaca mendung hujan seharian, opkos laa laapar jer kan...godek-godek, Wahhh...memang sedap nihhh.. cicah plak dengan kuah sos yang mantap. Dah laparrr...tangan ni tak benti-benti plak makan...liciiinnnnn....

Pssttt....kene wat banyak kali ler lepaih nih....nak bagi kami sekeluarga montok²...muehehehhe


CUCUR UDANG TEMBAM
Resepi : CMG
Sumber : izahdaut

BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel


BAHAN SOS LADA :
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...

Thursday 23 February 2012

Kau Pergi Jua....



Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(by Terlalu Istimewa - Adibah Nor)

Al-Fatihah......Ameen.

Meruntun jiwa ini, tatkala menerima khabaran dari fb Shamrulismawi bahawa anakanda tersayang pergi menghadap penciptaNya. Tak terkata, airmata ini mengalir (jiwa keibuan masih disini) mengikuti setiap hari perkembangan adek Faris. .... sesungguhnya Syurga telah menantimu disana.

Buat keluarga Shamrulismawi dan Zurainie...moga tabah dan redha menghadapi ujian ini. Sila klik SINI untuk kisah selanjutnya....

Donut Mayo


Asslammualaikum.... N3 kali ini, adalah dalam dok tergesa-gesa membikin Donut Mayo dari dapur Kak Ros@Jintanmanis yang amat fofular dengan pelbagai jenis-jenis donut...

Huhhh.... lembuuttttttttt yang amat. Tak sempat salut dengan gula dah ngappp. Ehhhh...memang betullah lahhh donut mayo ni sedap dan lembut.... hanya yang pernah mencuba resepi ini saja yg tahu betapa sedapnyer donut nih.... 

Wahhh....donut ni akan ku buat lagi dan lagi dan lagiiiiii...(apa byak kali lagi daaa...) Terima kasih kak ros@jintanmanis kerana share resepi ni dan saya panjangkan resepi ini disini......


DONUT MAYO
Resepi Asal : Ros@jintanmanis

Bahan-bahanya

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)

sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.



Wednesday 22 February 2012

Ayam Mentega Rangup



Assalammualaikum... semalam mimie try masak Ayam Butter Rangup neh...wahhh...semerbak dek haruman tumisan bawang, daun kari bersama butter...bau jer seakan memberitahu yang menu ni memang sedappp... bole dikatakan rasenya ala² makanan mamak2 sikit...(maybe dek haruman kari tu kot..)hihiih Belom sempat disaluti butter tu pon dah banyak ketul juga ngapp dalam molot nihh....

Terima kasih bayak² pada Melly Mey yang kongsi resepi ni...sebab kat dalam umah ni part bahagian dada ayam memang tak terusik sumer berebut nk drumstick (kan besh kalo ayam ade kaki lapan, byk dpt drumstick... adooyyaaii..)


AYAM MENTEGA RANGUP
Resepi Asal : Melly Mey
Sumber : izahdaut


Bahan-bahannya :-

2 keping dada ayam - di hiris
2 tangkai daun kari - di hiris
4 biji cili padi - di cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar - di cincang/potong dadu
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara- caranya :-
Ayam di gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
Angkat dan hidang.

Monday 20 February 2012

Cheese Pudding Oreo


Hurmmmmm...sedap nyer yang amat puding niiii...memang sedap betullahhh.... thumbs-up untuk AlongRoz and kak Ita. Memang dah lama berkenan dengan puding cheese oreo ni, apatah lagi dengan komen kak Ita yang rase masa tu juga nak godek puding ni....

Nahhh..batu harini hajat kesampaian untuk menikmati puding cheese oreo ni...apa taknya, dari satu bahan ke satu bahan ade juga tak complete. Dah ade biskut, tinggal serdak jer dikerjakan oleh minah2 dalam rumah ni....dah ade biskut, ade jer laaa....ihihihihihi



CHEESE PUDDING OREO
Resepi Asal : AlongRoz
Sumber : Azlita Aziz, Mylady


13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
sedikit oreo di buang creamnya - ita tambah

Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tpg kastad.
Masukkan susu dan kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

Tuang ke dlm loyang atau acuan. Ita layerkan dengan biskut oreo. Susun Biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.


Puding ni diolah oleh kak Ita dari resepi asal AlongRoz...cuma di tambah dengan biskut oreo sebagai penyeri puding, tp sedap bebb...makan puding ni sambil tergigit2 dek oreo tuuu....
Makan sejuk2 lagi lerr...sambil lelap2 mata masuk kedalam mulut niii....

Saturday 18 February 2012

Kangkung Masak Lemak


As-salam.... (w/salam...) arini nak malash banyak2...nak rilek2 (w/pon ari2 da manyak rileks) maska pon yang simple dimple jerk.... lauk kenangan silam...hahahah

Masa nak membeli sayur kangkung kampung ni ( ade yg panggil kangkung puteri) memang zass teringat zaman kenit2 comel2 kuruih keding dulu...ni ler makanan ruji mimie.... mase tu...memang moncong molot kalo dihidang lauk ni... nak jugak makan ayam goreng, tu pon dapat makan time ade peristiwa2 tertentu sajok kalo dapt makan ayam goreng ni.... ( tak mampu beb makan ayam ari2....skang plak nak termuntah plak mkn ayam ari, mencarik juga ler makanan tradisi zaman dulu2 ni)... sedappp sesangat berbeza dengan sayur kangkung yang ditanam dibatas-batas kebun (tanah kering) tp kangkung kampung ni tumbuh meliar di tepi2 parit yang berair...yu yang lembut jer lepas dimasak berbeza sedikit kangkung moden agak liat sedikit....

Next time jumpa kangkung ni...akan ku borong lagi.... 


KANGKUNG MASAK LEMAK (KANGKUNG PUTERI)
Resepi : Mimie @ Sugar n Spice

1 ikat kangkung (kangkung kampung batang hitam/purple)
1 cawan santan pekat + 2 cawan santan cair
3 tangkai cili padi - ditumbuk
segenggam ikan bilis
1/2 labu bawang besar - ditumbuk
Sedikit kunyit serbuk/basah
Garam secukup rasa

Didalam periuk, satukan santan, ikan bilis, bawang dan cili, kunyit dan masak diatas api perlahan. Kacau selalu.
Apabila mendidih, masukkan kangkung, kacau hingga masak. Perasakan dengan garam. Tutup api.


# Sedap dimakan bersama ikan goreng.....

Friday 17 February 2012

Apam Coklat


Ehemmmmm...sedap plakk rasenyer makan apam cekelat nihh..... lembut jerkkk....ala-ala "choc moist cake" version kukus....

Tatkala dok usha-usha mencari resepi apam (sbb wat apam kn senang jer kn) terpamdang plak kat dapor kak Nor@secubitgaram apam cekelat nih....sedap nyer tgk...tu yang terrrr...terrr godek dan jadilah apam yang moist lagi nih.....sedapp...bebudak memamg sukaa.....nahh... tak cukup satu adunan, 2 adunan mimie bikin....bagi puas makan......hihihi



APAM COKLAT  
Resepi Asal : Alma MyR
Sumber : k.nor@secubitgaram

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat - mimie letak 1/4 cwn jerr
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender. mimie guna hand-whisk sajokk...(sbb malas nk guna mixer...hihiih)
Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Sedap dimakan panas2.

# Apam ni rasa dia cam kek coklat kukus. Padat dan moist.



Thursday 16 February 2012

Telor Itik Masak Lemak Cili Padi + Belimbing Buluh


Errkkk...Alhamdulillah, kenyang sudaaa..... alahaii...istimewa sungguh rase kalo masak lemak telor itik nih. Bukannyer ape...dek kerana penangan belimbing buluh tu lerr....sangat-sangat sukakk.... time kasih bebanyak Difa yerr kerana den perabihkan belimbing buluh dirumah mu ituuuu....hihiihi (belimbing den pon da berbuah...nk kerek gak nih)

Bestnyer makan bersama ikan goreng or ikan goreng masin...


TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI PADI + BELIMBING BULUH
Resepi : Mimie @ Sugar n Spice

5 biji telor itik  - cuci bersih2
segenggam ikan bilis
1 keping asam keping
9 tangkai cili padi - ikut kepedasan masing2
2 ulas bawang merah
1 helai daun kunyit - mimie suka hiris2 halus
9 ulas buah belimbing buluh - di belah dua
2 cawan santan pekat + 1 cawan santan cair
sedikit kunyit serbuk/kunyit hidup
Garam secukup rasa


Cara-cara :-

Tumbuk lumat cili padi dan bawang merah.
Didalam satu periuk, satukan santan, cili padi, kunyit, ikan bilis, asam keping dan daun kunyit. Masak selama 5 minit  dan kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah buih.
Apabila kuah mendidih, masukkan belimbing buluh dan kacau lagi.
Kecilkn api dan pecahkan telur itik hingga hampir-hampir pada kuah. Kacau perlahan atas telur sahaja (takut telur itik akan pecah). Perasakan garam. Tutup api.

Tuesday 14 February 2012

KUEH KASWI

Assalammualaikum...wahhh...dah berjangkit-jangkit plakk  kueh kaswi ni dek terpandang menu kat dapor izahdaut.... lama dah rasenya tak makan kueh kaswi zaman berzaman yang sedapp ni.... ikutkan resepi mimie ade persamaan juga dengan chef hanieliza ni.... tapi mimie tidak ler menggunakan sukatan air gula.....hanya main tuang kurang/lebih jer air gula tuuu...(chewwahhh...kunun terrer...kdg² ade gak terkeras...hihihi)

Nahhh...sekarang dah tak perlu risau keras / lembik...dah ade sukatan...mimie ni failed sikit kalau tak ade sukatan.... blom proooo bebbbb.....ape²pon resepi kaswi ni memang sodappp......



KUEH KASWI GANDUM
Sumber : izahdaut
Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan


2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung- mimie guna tepung ubi
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.- mimie kukus 5 minit untuk lebih tahan lama
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Monday 13 February 2012

Cucur Labu Manis.....


Assalammualaikum...salam petang di kala cuaca yang amat-amat panas nih....sekejapan nak minum ayaq yang berais jerkk...fuhhh...sedappnyer minum cendol saat-saat musim cenggini....

Ok...airini mimie nak share menu petang mimie kali ni...Cucur Labu Manis....sedapp wehhh...lemak-lemak labu gitewwww.....letak jer cucur labu nih.....zass...berebut-rebut tangan anak-anak mimie menyambar...(lapor bebenor ler kot)...jom layan...oppp..leh tak layan ngan ayaq cendoll....chetttt...hehehehe


CUCUR LABU MANIS
Resepi : Mimie @ Sugar n Spice

1 cawan labu lecek - direbus terlebih dahulu
2 cawan + 2 sudu besar tepung gandum
1/3 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan air - kurang / lebih
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :-

Satukan semua semua bahan dan gaul sebati. Adunan akan kelihatan kenyal sedikit. 
Panaskan minyak, sudukan adunan ke dalam minyak panas ( nak guna jarii pon bolehhh, lg nampak bolat²) goreng hingga kekuningan keemasan. 
Angkat dan toskan. Siap.



Sunday 12 February 2012

Pucuk Paku Goreng Belacan


Alhamdulillah...bertemu kita lagi di teratak dapor nan usang mimie neh....(cam lama dah tak bersiaran...ngeeee).
Haaaa...arini mimie nak share menu salah satu peberet kami sekeluarga...iaitu sayur Pucuk Paku Goreng Belacan. memang sodapppp.....makan dengan ikan goreng pon wallaweiii....


PUCUK PAKU GORENG BELACAN
Resepi : Mimie @Sugar n Spice

3 ikat pucuk paku - patah² 5cm, cuci bersih dan toskan
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
1 inci belacan bakar
Sedikit ikan bilis 
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara :-

Bawang merah, bawang putih, belacan bakar, cili merah ditumbuk kasar.
Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan pucuk paku dan gaul rata. Masukkan sedikit air (sedikit aja yer) dan garam kacau rata hingga pucuk paku masak. Siap.


Sunday 5 February 2012

Ayam Masak Semur (Kicap Black Pepper)


Assalammualaikum...... dalam dok cuti lagi sempena menyambut Maulidur Rasul ni, meh kita cuba masakan Jawa neh... pestaim makan (menantu jawa ler ni) sedappp.... rase pedas2 hot lada hitam.... ekceli masakan semur ni seperti masak kicap oleh kerana bahan utama nyer lada hitam ada sedikit kelainan dari masak kicap yang biasa tuu....haa...yang memang seswai untuk ibu-ibu dalam melalui hari-hari berpantang. layannn...


AYAM MASAK SEMUR
By : Mimie Sugar n Spice

1/2 ekor ayam - potong kecil
Kunyit 
Garam
2 inci halia - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
7 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar lada hitam kasar
1 sudu kecil lada putih (lada sulah)
2 sudu besar sos tiram - mimie tambah
7 sudu besar kicap manis 
sedikit air
1 biji tomato - dibelah 6
1 biji kentang - potong dadu
Daun sup - potong kecil
Cili merah  - dihiris
Suhun

Cara-cara :

Ayam dilumur bersama kunyit dan garam. Goreng separuh masak dengan api sederhana. Ketepikan.
Tumis halia, bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan lada hitam, lada putih, sos tiram, kicap manis dan masukkan air, kentang dan tomato. Kacau sebati.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata hingga kuah menjadi agak pekat. Tutup api. Masukkan suhun yang terlebih dahulu direndam seketika dan tabur cili merah dan daun sup.

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H



Berselawat diatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita semua menyambutnya dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas.


Mari kita berazam sungguh-sungguh untuk mengamalkan sunnah-sunnah baginda SAW sedaya yang mungkin dan marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW, bukan hanya pada hari maulid saja, tetapi juga setiap masa dan ketika. InsyaAllah. Semoga kita tergolong di dalam orang-orang yang beriman. Ameen.

Friday 3 February 2012

Kueh Ketayap


Salam Pagi Jumaat..... moga segala urusan pada hari ini dipermudahkan olehNya dan mendapat barakah dariNya jua.

N3 pada hari ini adalah santapan minum petang kami sekelurga semalam setelah sekian lama lah tak dapat menikmati kueh nan satu ni menepati citarasa tekak ni. Cerewet kot... tak suka inti kelapa putih, kulit ketayap yang tebal, inti yang terlalu manis.... dan kebetulan pula ade lebihan inti kelapa baki dari inti pau 3's kelmarin, apalagi.... kueh warisan ni laa.... Resepi yang ni mimie ambil dari dapor kak yatie . Ehhh! sedaplahhhhh.....memang sedapp...lemak-lemak gituuu....(sbb mimie lebihkan santan). Puas makan, hampir 20 ketul kueh comey² ni dalam satu adunan....memang puas hatiiii......

KUEH KETAYAP
Sumber Resepi : yatiememories

Bahan-bahan.
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk pewarna hijau/ kuning
  • 2 cwn air - mimie ltk 1 cawan air
  • 3/4 cwn susu segar/santan - mimie ltk 1 3/4 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak utk oles pada kuali/non stick pan
  • Utk Inti
  • 1 biji kelapa parut putih je
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar lempuk durian - mimie tak letak
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara

  1. Untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.- mimie masak hingga air gula hampir kering
  2. Untuk kulit; Gaul tepung,susu/santan,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

Thursday 2 February 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake


As-salam sumer..... wahhhh....atas kehilangan lemak-lemak tepu tempohari, kali neh macam nak cover jer balik lemak-lemak yang telah hilang dok bertapa dalam diri nehhh.... haiiyaaaa......ciskek ni bikin hati tak tenteram wooooo....

Asalnya ternampak le plak di dapor kak Yatie...huiiii...ngancamm.....tak tahan tengok....nak jugak rase SCJC nihh...sebenarnya.....SCJC nih adalah wat pertama kalinya mimie dok rasa (ketinggalan ketapi lagiiii) dan godek-godek di dapor nihh....dah lama nak rase kehebatan ciskek nih, tp tangguh2 dan sampai ler terlihat N3 kak yatie yang ngancem tuhh.....dan mimie panjangkan resepinyer disini yerr.....layannnnnzzzzz...



COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Resepi Asal : Alma @MyResepi
Sumber  :  yatiememories

Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara :-

Utk adunan A:
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
  2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B:
  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
  2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebihkurang 7-8 minit)
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
  4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  5. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
#Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).


Topping mimie ikut juga dr kak Yatie dan resepinya dari AlongRoz

TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling
Caranya
  1. Campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

Wednesday 1 February 2012

Puding Karemel II


Assalammualaikum......Alhamdulillah...bertemu lahi di alam maya ini.....
Wahhhh!!!...  rasenya lama juga tak hapdate blog dapo mimie nih sejak demam kus-kus menyerang mimie (dlm dok demam dpt jugak selim kn bdn 2 kg)... sedar tak sedar...dah byk ketinggalan rupanyer mimie ni...yelaa....demam mmg x dek mood nak hadap pc nihh...

ok laaa....hari pon dak nk senja...baru laa dapat mimie hapdate blog nihhh.....dalam dok cuaca yang panas-panas nih....mimie dok terbayang nk mkn yang sejuk-sejuk (balas dendam time demam aritu x dpt mkn sojuk²) apalagiii.....puding lerr.........kali ni mimie buat yang biasa dah banyak kali kali kali mimie buat yang ni...bkn ape...sebab senang n mudah (ehhh...sama ler tuhhh..) hihihiihih resepi ni pon mimie dapat dari forum mn pon mimie pon dah lupa.....harap tuan empunya resepi ni andai terbaca kat sini mohon halalkn dan mimie panjangkan resepinyer disini......layannnnn....


PUDING KAREMEL II


Gula hangus

2 sudu besar gula
4 sudu besar air

Panaskan gula dengan api sederhana hingga gula keperangan dan masukkkan air. Masak hingga pekat dan ratakan.

Karemel

1 cawan susu cair
2 cawan air - mimie guna 1 1/2 cwn 
1/4 cawan gula
4 biji telur
1 sudu kecil essen vanilla

Satukan susu cair, air dan gula. kacau hingga gula larut.
Didalam bekas lain, satukan pula telur dan essen vanilla. Kacau perlahan Jangan sampai berbuih. Kacau manja-manja gitu.
Satukan semua dan tapiskan kedalam gula hangus/karemel tadi. Kukus selama 40 minit. Sejukkan.