Followers

Saturday 28 January 2012

Sup Tulang..... pembuka selera.....


Assalammualaikum...... coti lagi..?????? yeeeeeeeeeee....mimie still mood on cotiiii....coti CNY merangkap coti dapor berasap.... bukan senang mimie nak dapatkan coti dapor berasap dari "duktur" bertauliah-liah nihh... buktinya suhu badan naek melambung-lambung, mood tak ade selera, asek tido manjang, nahhhh bukti temperature naekkk...barulah appproveeed...... yahuuuuuuu...(leh sambung tidooo)....

... mimie jugalah penutup bagi segala demam, selsema, batuk (complete 3-serangkai) kat mimie ni haa...dahh...pasni jangan ler ade yang mengadu sakit ni sakit tuuu...letih makkkk youuuuu.....


SUP TULANG
Resepi : Mimie @ Sugar n Spice

1kg tulang lembu
1 packet bunjut sup tulang ADABI
2 labu bawang besar - dihiris
7 ulas bawang putih - dihiris
3 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil lada hitam
1 biji tomato - dipotong 6 (wedges)
2 biji kentang
1 tangkai daun sup 
Garam secukup rasa


Rebus tulang bersama halia yang telah diketuk bersama 1 packet sup bunjut tadi. (mimie rebus 2jam nak dapatkan isi tulang betul² lembut, kalau guna pressure cooker lagi memudahkan dan menjimatkan masa dan gas).
Apabila isi tulang hampir lembut masukkan kentang dan tomato yang dipotong wedges tadi.
Didalam kuali yang berasingan, tumis bawang besar dan bawang putih hingga betul² kekuningan dan masukkan lada hitam. Tutup api tuangkan dalam sup tulang tadi. Kacau masukkan garam secukup rasa. Tutp api, taburkan daun sup.


SAMBAL KICAP

9 ulas cili padi
1 ulas bawang putih
sedikit kicap manis

Tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat. Masukkan kedalam mangkuk dan siram dengan kicap manis, kacau. Siap.

Thursday 26 January 2012

Kuey Teow Kerang

Assalammualaikum.... pagi yang sok sek sok sek...SELSEMA....dan dah berjangkit dahh....mende yang paling mimie tak suka....bukannyer ape....bersin sana...bersin sini, suhu badan yang tak menentu...
adooiiyaiiii....amatlah kurang selesaa.....ape2pon layan jer la menu pagi ini dari  mimie sekeluarga....



KUEY TEOW KERANG
Resepi : Mimie @sugar n spice

1 packet kuey teow cuci bersih dan toskan
2 senduk besar isi kerang
1 labu bawang besar (ditumbuk kasar)
7 ulas bawang putih (diketuk)
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
fishball/fishcake
Tauhu - digoreng terlebih dahulu 
Sayur sawi/kobis
Taugeh
Daun kucai 
Daun sup
sedikit air

Tumis bawang merah hingga naik bau dan masukkan bawang putih. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram, sedikit air dan kacau. Masukkan pula fishball/fishcake, sayur sawi, dan kicap manis gaul dan masukkan pula kuey teow. Kacau rata. Dah sebati masukkan Taugeh, tauhu goreng dan isi kerang. Tutup api dan masukkan daun kucai. Kacau rata. Taburkan daun sup.

Tuesday 24 January 2012

BINGKA SUJI


Assalammualaikum ... sedar tak sedar, wahhh lama tak bersiaran lantaran sebok dan menyebok menanti CNY (makan limau jerk...). Bukannya ape...sebok melayan kerenah anak dare yang kerumun dirumah menghabiskan cuti sekolah sempena CNY ni haa...ade yang demam, ade yang batukk..... demam yang berjangkit-jangkit.. Kalau bab-bab demam melekat kat anak-anak ni...lebih-lebih lagi demam panas...seriau weehhh...kene penjagaan rapi...

Ehhhhhh...malalut la plakkk...hari ni kongsi satu jenis kueh manisan yang memang terkesima tengok masa kak Ummi dok entry arituu....menjejeh² ayaq liuq den.... sbb mimie ni mmg suka pada kueh bingka...lebih-lebih lagi bingka pandan....tuu yg teruja sangat nk membuat nih....

Bingka Suji ni memang sedapppp....memang kene ler pada tekak nih...kan dah kata...mimie dan bingka macam isi dan kuku...(lebih kurang nganga molot itk disuap.....hohohoho)
Kat sini mimie share dan panjangkan resepi kepada yang ingin mencuba kueh yang sedap ni yerr....



BINGKA SUJI
Sumber : Kak Ummi, anymz

Bahan: (Loyang Bulat 8 inci)
  • 3 biji telur
  • 110 gram gula pasir
  • 160 gram tepung suji
  • 250 ml santan pekat (*akak guna santan Kara)
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 435 ml air
  • 90 gram mentega
  • 30 gram tepung gandum

  1. Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
  2. Masukkan ke dlm periuk dan campurkan tepung suji, santan, pes pandan, garam dan air.
  3. Masak dgn api sederhana sehingga pekat seperti bubur. (kacau selalu)
  4. Tutup api dan campurkan mentega dan tepung hingga sehingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam tin yg diminyakkan & bakar 190C selama sejam. (*akak guna acuan silicon)
  6. Gunakan fungsi "grill" untuk 5 minit terakhir untuk extra garing.
  7. Sejukkan sebelum dipotong

Friday 20 January 2012

Ayam Masak Merah,,,, resepi simple


wahhh...harini mendung dan hujan sahaja di rata-rata kawasan bumi Malaysia ni... Alhamdullillah.... sejuk sedikit di persekitaran ni....manakan tidak...sudah beberapa hari mengalami cuaca yang agak panas.Dalam cuaca yang tidak menentu inilah hampir semua anak-anak mimie mengalami demam panas dan batuk selsema.. Moga mereka cepat sembuh dan boleh meneruskan alam persekolahan dengan selesa.

Dah lama rasanyaer tidak menjamah ayam masak merah... dalam rajin tak rajin.... dan menjelmalah ayam masak merah ni haa...simple jerr....x susah pon... klengkang klengkung.... siappp....tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....




AYAM MASAK MERAH 
Resepi Asal : Mimie @sugar n spice


1 ekor ayam - potong 8 dan dicuci bersih, toskan
2 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai - diketuk
2 biji tomato - potong wedges
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
1/2 cawan susu cair / santan.
minyak 
sedikit kunyit untuk menggoreng
garam secukup rasa
Bawang besar di potong bulat - untuk hiasan

cara-cara :

Ayam di gaul dengan kunyit dan garam dan digoreng hingga separuh masak. Ketepikan.
Bawang besar, bawang putih dan halia diblend hingga halus.
Panaskan minyak, tumis bahan yang telah diblend tadi hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masak hingga betul--betul cili kisar itu masak (kering).
Masukkan serai, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa. (x perlu letak byk garam sbb ayam yg digoreng tadi sudah disaluti garam) dan masukkan susu cair. Kacau sebati.
Masukkan tomato dan ayam yang telah digoreng dan digaul sebati atau hingga ayam masak. Taburkan bawang yang dipotong bulat dan kacau rata. Tutup api.

Thursday 19 January 2012

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut / Kek Sarang Lebah


Antara Kek Gula Hngus, Kek Sarang Semut, Kek Sarang Lebah.... yang mana menjadi sebutan yang betul yerr...yang mimie tahu...kek ni dah memang bersarang dalam powot nan boroi nih...hahahahh
Pada permulaan dulu, mimie kureng menggemari kek gula hanguih ni... (sbb gula dihanguskn dulu kot, sbb tu mimie lebih suka panggil yg ni), atas permintaan asben yang amat menggemari kek ni...layan jer laaa kan.... Buat kali ke-2 merasa kek ni...ehhhh... memula makan sikit...pastu sikit lagi...ayoyoyo....da banyak juga la masuk lam powot nihh...

Resepi ni mimie ambil kat dalam forum WMC tatkala suka melepek kat situ dulu... oleh kerana 'MukaBuku' mania muncul...hmmm dah lama tak kunjung sinun.... kalau tak silap mimie resepi ni mimie ambil dari Kak Pisceslady sebagai nicknamenyer di forum tersebut ...tak tau pula nama sebenar beliau...kalau ler beliau terbaca, mimie mohon share resepi ni dan minta dihalalkan yerr...dan mimie panjangkan resepinyer disini agar dapat dikongsi bersama....



KEK GULA HANGUS
Resepi Asal : Pisceslady WMC

Gula Hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Masak Gula hingga keperangan dengan api sederhana. Masukkan air panas perlahan-lahan (akan meletop²) dan masukkan mentega hingga cair. Ketepikaan.

4 biji telur
1 cawan susu pekat -  mimie guna 1/2 cawan shj.
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil essen vanilla


Pukul telur hingga kembang atau pekat  - mimie blend jerr.
Masukkan susu pekat, essen vanilla dan blend lagi.
Tepung dan soda diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam blender dan blend lagi.
Akhir sekali masukkan gula hangus dan blend hingga sebati.
Perap adunan (bertutup) selama 3-4jam.
Bakar pada suhu 160 ( 50 minit api bawah dan baki terakhir 10 minit api atas bawah)




Wednesday 18 January 2012

Puding Karemel


Puding, puding, puding...... rasenyer dalam nbeberapa hari ni, mimie asyik dengan puding... bukan ape...saja nak menyejukkan anak tekak nih.....oleh keranan keadaan luar yang agak tidak menentu, jadi haruslah membasahi tekak ni dengan puding yang sejuk baru keluar dari esbok....

Puding untuk kali ni, mimie ikut citarasa dari maisya, rasanyer agak-agak seperti puding roti....sedapp lerrr... mimie ni kalau bab puding karemel amat lerrr suke sangat...makan x leh bentiii.... lagi pon resepi maisya amat mudahhh....



PUDING KAREMEL
Sumber : Maisya



Gula Hangus
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Cara-cara:

Masak gula pasir (guna api perlahan) dlm periuk hingga perang....then campurkan dgn air.
Masak semula atas api perlahan hingga gula hancur.
Bila sume dah hancur tuang dalam loyang....by the time gula hangus ni sejuk dia akan menjadi pekat dgn sendirinya.

Bahan Puding
5 biji telur - mimie guna 4 biji telur shj
3/4 cawan susu pekat manis - mimie ltk 1/2 cwn shj
3/4 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air)
secubit garam

Cara-cara:-

Campurkan kesemua bahan-bahan karamel dan gaul hingga sebati....kacau perlahan dgn garfu.
Then tuang bahan-bahan ni ke dalam loyang yg sudah berisi gula hangus.
Jgn takut gula hangus tu bercampur ke apa ker.....
Kukus dgn api perlahan jer atau boleh steam bake dalam oven guna suhu 170C selama 1 jam or hingga masak. 
( Mimie kukus selama 20 minit )


Tuesday 17 January 2012

RICH CHOCOLATE PUDDING


Fuhhh...hampir 2-3 hari di bumi Cheras ni mengalami panas yang amat panas mimie rasa. Perubahan cuaca ini juga mengakibatkan anak mimie mengalami selsema dan demam panas. air masak yg dah bergelen-gelen diminum dan ubat menjadi peneman. hihuuhuh kesian tengok....

Dek cuaca panas ini juga mimie suka menjamah yang sejuk-sejuk untuk dihidangkan kat anak tekak ni...opkos laa puding...teringat masa kak nor@secubitgaram menghidangkan puding ni....sedapnyer makan tika sejuk-sejuk....leh tak imejin kan ...heheheeh.....walaahhhhh.....
Sedap laaa puding ni.... rasa milo dan coklat....seswai sangat makan waktu-waktu panas begini....




RICH CHOCOLATE PUDDING
Resepi Asal : Jun
Rujukan : Potretkasih, kak nor @ secubitgaram



Bahan-bahan:-

1/2 cawan serbuk koko - mimie ltk 1/4 cwn milo + 1/2 cwn serbuk koko
1 cawan gula - mimie ltk 3/4 cwn gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)


Cara-cara:-


1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  
*** Untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan


Sunday 15 January 2012

KURMA AYAM


Salam petang di hujung minggu...wahhh...sedar tak sedar hampir memasukki 3 minggu di alam persekolahan dibuka... letih di hari pertama hingga kini masih terasa.... (mak nyer yg lebih xcited....eheheh)...

Minggu ni saja memenuhi permintaan anakanda tercinta...apalagi kurma, kurma, kurma.....muka ni pon dah jadi macam kurrrrrrrrrmaa...adooyyaiiii... tak muak-muak ker dapa nihhh....haiishhhh....
layan jer laa...dah itu yang anakanda makan habis-habisan....kalo ler di letak kan lauk ikan....hampehh jer muka depa.... cuit ikan pon takut tarzan menyerang....hihihiih


KURMA AYAM
Sumber : Sugar n Spice

Bahan-bahan :-

12 ketul ayam
1 biji kelapa (ambil santan - tidak terlalu cair)
1 inci halia
1 labu bawang besar
3 butir Buah pelaga
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
4 sudu besar rempah kurma - mimie guna kurma MAK SITI (digaul dgn sedikit air)
1 biji tomato - dibelah empat
2 biji kentang - dibelah empat
lobak - dikerat dikerat 3 inci dan dibelah empat
cili merah / hijau
3 helai daun limau purut - utk aroma daun limau purut-wangiiii
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa


Cara-cara :-

Tumbuk halia dan bawang besar hingga lumat.
Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan rempah kurma masak hingga air kering dan masukkan ayam. Gaul. Biar air ayam hingga kering dan masukkan kentang dan lobak. Kacau..
Masukkan pula santan hingga paras menutupi ayam. Apabila mendidih masukkan garam, tomato, cili merah/hijau dan daun limau. Masak hingga kentang lembut. Tutup api.

Psst....sedap dimakan bersam sambal tumis, ikan masin dan telur masin... perrgghhhh.....

Saturday 14 January 2012

UP SIDE DOWN PINEAPPLE CAKE


Alhamdulillah.... masih diberi kekuatan untuk bertepek dilaman maya tanpa suara nih...ecececec... 'hilang' sementara dek kesibukan mengurus anak-anak dare di awal persekolahan (benormya nk menserasikan diri dari kekejutan menguruskn masa dek rehat yg panjang).... fuhhh...letih bebbb..... pas mkn terus tidooooo...bangun tidooo terus makn...hahahahah

Cerita pasal kek ni... benornya dah lama mimie teringin nak merasa kek ini..ye lahh...lihat pada nenas nyer pon da kecur ayaq liur....(kalah ibu ngandung youuu...)...  pestaim tgk keke ni kat chef yg tersohor.. sapalagi...mat gebu lerr.... nampak mmg nk makan saat-saat itu juga....

....dan kek ni dalam belek-belek rumah mewah kak Ita (azlita aziz) tu, nampak juga kek ni... dup dap dup dap ler jugaa...huhihihi dan baru-baru ni. nampak pula di rumah kak yatie @yatiememories....dan di kabarkan kek ini salah satu kek peberet keluarga beliau...lagi ler meronta-ronta jiwa ini...ohokkkkkk...

Memang best kek ni....lemak-lemak butter dan dimakan bersama rasa-rasa masam nenas...fuhhhh....sedappppppp.... mohon share resepi yer mattt....




UP SIDE DOWN PINEAPLLE CAKE
Sumber : Mat Gebu


Bahan-bahan :

2 tin nenas berkaleng dalam tin (seperti gambar dibawah), ditoskan
Ceri merah secukupnya
250 g mentega
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
135 g gula halus - mimie letak 120g shj
135 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
1 camca teh esen vanilla

Cara-cara :-
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga. Susun gegelang nenas dalam tin seperti dalam gambar, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  4. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  5. Kalau suka boleh sapu dengan piping gel atas permukaan nenas untuk nampak lebih berkilat dan mengiurkan..ahaks!!!

Tuesday 3 January 2012

Cempedak Goreng a.k.a Goreng Cempedak.... semerbak satu kampung...


Kala musim panas menusuk-nusuk di bumi Cheras ni, bagai cacing lintang pukang kepanasan....ehh..cacing lintang pukang ker berlari-lari..?? eheheh ...yang pasti walaupon kami dok dendiam dalam rumah yang sekangkang cucu kera ni, masih peluh membasahi tubah yang kembang setaman ni....



dok tercari-cari minta tekak ni ingin dibasahi dengan mende-alah yang sejuk-sejuk, mata terkesima dek limpaha buah cempedak yang bergelimpangan di tepi jalan dikawasan kediaman kami. Menusuk-nusuk hidung dek bau penangan cempedak nih...kembang kempis idunk mencium baunya....
Oleh kerana keterujaan melebihi maksima, nahhhh...sepinggan besaq untuk dijamah.....layannn.....


CEMPEDAK GORENG

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 cawan air *
sedikit garam*
Minyak untuk menggoreng


Satukan air dan garam. didalam satu bekas satukan kesemua bahan. Kaca hingga rata.
Panaskan minyak untuk menggoreng, apabila minyak panas, masukkan 2-3 sudu besar minyak panas kedalam adunan tepung tadi dan gaul rata. Masukkan buah cempedak gaul lagi dan goreng hingga kekuningan. Toskan.

Sunday 1 January 2012

Santapan Tahun Baru.... Nasi Lemak Pandan


Alhamdulillahhh....syukur ke hadrat Illahi masih dikurniakan kesihatan untuk meneruskan kehidupan dalam arena tahun baru ini....

Menu pembukaan mimie di awal tahun baru ni....mari naiikkan lemak di badannn.... makan puas-puas (mcm la esok2 x bley mkn) kali ni masak nasi lemak pandan yang pada kebiasaan mimie buat nasi lemak biasa ( boh gak daun pandan) yakni kaler putih laa beb... yg ni nak bagi ceria-ceria skit biar makan bertambah-tambah (lemak, lemak-lemak) pastu tidooo.... bangun jer terus timbang berat badan... mau tak naik darah tinggi tengok angka tu nati....hahahaha..


NASI LEMAK PANDAN
By : Mimie Sugar n Spice


4 cawan nasi
2 cawan santan
8 helai daun pandan di blend dengan 2 cawan air (tapis dan ambil jusnya)
1 inci halia (di ketuk)
sedikit garam
sedikit pawarna hijau

  • Cuci beras hingga bersih dan toskan
  • Masukkan santan, air pandan (ikut sukatan jenis beras anda), halia dan garam. 
  • Masak seperti biasa.