Followers

Wednesday, 30 November 2011

Nostalgia...Kueh Ros a.k.a Kueh Goyang


Akhirnya berjaya juga mimie membuat kueh warisan dolu-dolu ni....memang peberet mimie, dan dari hari ke hari ingin membuat kueh dan ditangguh kerana masa tidak mengizinkan, apatah lagi kueh goyang atau kueh ros ini memakan masa yang agak lama iaitu waktu menggoreng....lain kali pada siapa yang ingin membuat kueh ini disyorkan duduk sambil menggoreng, mahu 4 jam mimie berdiri untuk menyiapkan satu adunan ni...

Yang tak bestnya....siap saja setiap kueh ni masak, anak-anak mimie dah mencukaiii...sebab tak sabar nak makan kueh ni dan menjadio kueh kegemaran mereka...rangup dan menepati citarasa mimie dan terngiang-ngiang kueh dari air tangan emak mimie....nostalgia sungguh...
Amat sesuai dimakan semasa menonton dan menjadi kudapan....


KUEH ROS/KUEH GOYANG
Sumber : Junjs11
  • 290gm tepung beras
  • 50 gm tepung gandum
  • 400ml santan - mimie guna 550ml santan dr 1 biji kelapa
  • 170gm gula
  • 150ml air - tak letak sbb dah ganti dgn santan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan. kacau sebati. tapis.
  2. Panaskan minyak dengan api sederhana, letak acuan dalam minyak. bila dah panas, celup acuan dalam adunan  masuk semula dalam minyak tadi.
  3. Biar sebentar, baru alihkan acuan. goreng hingga masak atau keperangan.

Tips :-
  • Jangan celup acuan hingga menutupi bunga acuan apabila menggoreng kueh tidak akan tertanggal.
  • Selesai menggoreng satu kueh, acuan dibiarkan dialam minyak menggoreng bagi mengekalkan kepanasan acuan.

Tuesday, 29 November 2011

Roti Manis (Doh Asas)


Alhamdulillah....menjadi juga roti dari hasil tangan yang gebus dan mulus mimie ni....pestaim niiii.....dari hari ke hari mimie nak menguli roti ni...nahhh...akhirnyaaaa...siapppppp..

Berbaloi juga wat roti ni...sedap makan waktu panas-panas kelaur dari oven. Pasni kene ler menguli lagi, biar muscle ni berketul-ketul dan seksi.....banyak lagi kene improve ni....


ROTI MANIS (Doh Asas)
Sumber : Rosmarlina @jintanmanis

Bahan-bahannya :-

300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese

Cara-caranya ( Doh Roti):-

  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
    Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
    Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  3. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

- Menurut tuan empunya resepi ni, hasil campuran tepung gandum dalam adunan roti ni akan menghasilkan roti yang padat dan lembut dan tidak terlalu ringan dan kenyang mudah kenyang menjamunya.


Monday, 28 November 2011

Pulut Seri Kaya


Pulut Seri Kaya ni memang peberet mimie.... manisan pulut bersama gula melaka...fuhhh...kalo makan memang tak hengat... kebetulan kueh pulut seri kaya ni, mimie terkesima plak tengok blog kak Zana ni...sebelomnya jiran mimie ada memberi kueh ni...bagai pucuk dicita ulam mendatang, makan macam makan nasi. 

Rase cam x puas makan, tak kan nak mintak lagi kat jiran kan, dah bagi peha nak betis pula yer mimie..... terpaksa lah 'merajinkan diri untuk tung tang tung tang di dapur....apalagi...makan ler kami puas-puas....


PULUT SERI KAYA
Sumber Asal : Kak Yatiememories
Sumber : Kak Zana @ Inspirasiku

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)

Cara Untuk Lapisan Atas

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.


Sunday, 27 November 2011

Kerang Tumis Berapi



wahhh...kerang gorengggg.... bak kata sue  tuan  yg memperkenalkan resepi  ni pada  mimie di blognya, katanya biasa kita makan kerang di kopek kulinya dan baru kita masak or tumis kan selain kita rebus bersama kerangnya....biasanya kalau melibatkan tumisan kerang, kita akan kopek kulit dan ambil isinya untuk ditumis, rendang, sambal.... yang ini kite tumis dengan kulit-kulitnya sekali.

Pertama kali makan, reaksi dari suami dan anak-anak...memang mereka menggemarinya...yelah...biasa mimie hanya buat rebus dicicah dengan sambal belacan atau dibuat sambal, kali ni mempersembahkan pada mereka lain laa sikit kan....kita tukar selera....hhahah...next time mimie kene tambahkan cili kerana kami ni 'hantu pedas" kalo tak pedas kurang kick.....


KERANG TUMIS BERAPI
Sumber : sue


Bahan-bahan :-
  • 1kg kerang
  • 1cm Halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah kecil
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 10 tangkai cili api
  • 3 helai daun sadri & daun sup.
  • sesudu minyak makan
Cara-cara :-
  1. kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
  2. tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.




Salam Ma'al Hijrah 1433

Salam Ma'al Hijrah.


Dari Muawiyah r.a. berkata:
“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: HIJRAH itu tidak akan terhenti sehinggalah tertutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.”

"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia mengiringi. Demi siang apabila ia menampakkan diri. Demi malam apabila ia menutupi. Demi langit serta binaannya. Demi bumi serta penghamparannya. Demi jiwa dengan segala penyempurnaan (ciptaan)Nya. Allah mengilhamkan kepada jiwa, keburukan dan kebaikan. Beruntunglah siapa yang membersihkannya, rugilah siapa yang mengotorinya.”
(Surah As-Syams : ayat 1-10)



Saturday, 26 November 2011

Puding Karemel Kentang


alkisahnya.... puding karemel kentang ni memang sedap... rasa lemak-lemak kentang bersama karemel...fuhhh.terbaeekkkkk..... resepi ni mimie ambil dari DjDayang Jack thumbs-up lahh.... tengok dari 'rumah' kak Dayang, dah tak sabar-sabar mimie nak merasa karemel ni dan mimie memang penggemar tegar semua jenis karemel, lagipon semalam adalah hari yang panas dibumi Cheras ni, memang seswai makan dessert pdung karemel....tiba time makan....hujan la plakkkk.....



Alkisahnya, semasa pembikinan karemel ni (cam wt pilem plakk) serentak dengan masak untuk penyediaan tengahari.... jadi kelam kabut mimie dibuatnya...pegang senduk ni tak kena, pegang periuk ni tak kena....
Pada awalnya cik abe mimie ni teringin nak makan ayam masak kicap lada hitam ntah kenapa fikiran ni jauh melayang siap aje jadi nya ayam masak merahh....magic kan..... dan kaermel ni plak...jangkaan mimie menggunakan kukus, yelahhh tak baca habess, mimie hanya tengok bahan penyediaan nyer ada stok  atau tidak di rumah mimie....trus siap sedia di dapo....last dah siap periuk pengukus.....laaaaa 'bako' rupanya....hahahhaha....

Mohon ampun kak DjDayang, mimie tukar nama bagi memudahkan mimie menyebut dan membezakan dengan puding karemel yang lain...minta halal yer,.......ampunnnnnn....
Jom jengah resepi.....


PUDING KAREMEL KENTANG
Sumber : DJ@Dayng Jack


Karamel :
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan air panas
Cara-cara : 
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 1/2  atau 2 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  • Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
  • Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  • Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  • Bakarlah pada suhu 160-170C selama 45-50 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  • Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.

Friday, 25 November 2011

Pancake.....simple dan burrppp....


selalunya pada waktu malam, mimie berkira-kira apakah hidangan untuk sarapan pagi nanti untuk anak-anak mimie yang sangat pemilih orangnya. tercari-cari menu apakah untuk disajikan pada mereka nanti. Dan teringat pula dalam berkira-kira nak menyediakan sarapan untuk anak-anak.

Pada pertama kali mimie menyedakan pancake ini, awal2 lagi mereka sudah tolak ketepi...ye laaa...mulut dah biasa makan 'lempeng' tiba-tiba ibunya sediakan pancake...terkejut ler tekak mereka...hahaaha....
sajer mencari kelainan.... tidak lah tertumpu pada lempeng saja kan....
wahhh...sekarang kalo wat pancake ni...wohhhhhhh...berebut2 wooooo....... jom buat pancake yg simple n sedap nihhh...




PANCAKE
Sumber : ysha@myresipi


Bahan-bahan :-

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur ayam
1 cawan susu segar
1 cawan air sejuk
2 sudu besar butter dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :-
  • Gula dan telur dipukul hingga kembang. Masukkan susu dan air. Kacau rata. 
  • Masukkan garam dan butter cair. Kacau lagi hingga sebati. 
  • Masukkan tepong sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau lagi. Masukkan baking powder dan kacau hingga rata. Kalau berbentil kacau la lagi sampai tak berbentil. 
  • Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi. Masak atas pan dengan api perlahan utk mengelakkan pancake berlubang-lubang dan masak hingga keperangan atau brown.

Nota : sedap dimakan bersama jem, butter dan madu...

Thursday, 24 November 2011

Peria Katak Tumis Belacan



Peria katak...??? betul ker namanyer peria katak..?? atau mimie ajer yang panggil peria katak...ada nama lain tak selainnya..?? Tak kisah lah yerr, asalkan kalau dimasak menjadi pembuka selera. Biasanya orang kata yang pahit itu ubat, tapi bagi mimie kalo bab makanan (bukan ubat yer..) yang pahit tu la yang sedapp...lagi bertambah-tambah nasi ke pinggan...hadoiiii...mahu terduduk kekenyangan nanti....

Mungkin pembaca di luar sana ada yang tak makan sayur ni, bukan saja pahit bab nama tu pon menghalang selera anda, dulu mimie pon tak makan sayur ni, tapi bak kata orangtua-tua yang pahit tu laa menjadi obattt. Dari sikit rasa, makin lama makin banyak plak mimie makan, mungkin kene gaya masakan menjadi penentu sesuatu makanan ni...betul x..?? Jom cuba makan sayur nan pahit ni....


PERIA KATAK TUMIS BELACAN

2 biji peria 
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
9 biji cili padi
1 biji cili merah
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa
1 inci belacan bakar

  • Peria di belag dua dan potong nipis menyerong.
  • Bawang besar, bawang putih, belacan, cili padi, cili merah dan ikan bilis ditumbuk kasar.
  • Tumis Bahan tumbuk tadi hingga garing dan naik bau dan masukkan peria. kacau.
  • Masukkan sedikit air hingga peria menjadi lembut dan tunggu hingga air kering. - mimie suka lembab atau basah² sikit.
  • Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.



Wednesday, 23 November 2011

Assam Pedas & Sawi Jeruk




sawi masin..... terkenang masakan mak...aduhhh...rindunya masakan dari air tangan mak... sedap tk terkira manakan tidak, sedari dari kecil itulah kita menjamah makanan hasil dari air tangan mak...sedapp..walaupon makan ala kadar saja.... itulah penangan hasil kasih sayang dar seorang yang bergelar ibu.

ehh...melalut plakkk....Assam pedas ni..memang peberet mimie sekeluarga. Setiap minggu pasti assam pedas terhidang di atas meja makan. Bagi mimie assam pedas ni membangkit selera makan sebab tidak menggunakan santan dan berlemak. Adakalanya mimie suka menghirup kuah assam pedas selepas makan. Orang melaka laa katakan......ngeeeeeeeeee....
Tapi kali ni mimie terkenang plak hidangan assam pedas mak.... bersama sawi jerukk...sukaaaa sangatt.....dan assam pedas ni ada pelbagai citarasa dan pelbagai variasi, tapi yg ini version mimie....sedap dan sesuai pada tekak kami sekeluarga....jom...


ASSAM PEDAS IKAN MABONG BERSAMA SAWI JERUK

Bahan-bahan :-

3 ekor ikan mabong - dicuci bersih
sawi jeruk direndam seketika dan ditoskan
5 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan bakar - x letak pon x pe
1 batang serai - diketuk
1 ikat daun kesum
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil pes assam jawa - mimie guna pes adabi
air dan garam secukupnya]

cara-cara :-
  • bawang besar, bawang putih, halia dan belacan ditumbuk.
  • Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kisar. Masak hingga air cili kering. Dan masukkan halba, daun kesum, sawi jeruk dan ikan. Biar seketika.
  • Kemudian masukkan air asam jawa pada paras ikan (tak perlu byk nti x pekat).
  • Letak garam ikut rasa. Masak seketika. Tutup api.



Tuesday, 22 November 2011

Kenny dan Muffin Jagung....


dan ini..


bagai irama dan aroma makanan.....sebenarnya, mimie ni pon bknnyer kenal dengan penyanyi era 80-an ni....yang mimie tauu..makan....ayam panggang tanpa garam...itu lah Kenny Rogers n Roasters...fuh..memang sedapp makan kat restoran fastfood yang satu niiii.....terngiang-ngiang keenakkan dan kelembutan muffin jagung dia.....

sudah lama mimie nak buat muffin si penyanyi ni....oleh kerana tidak ketemui bahan nan satu ni...iaitu 'yellow corn meal' sudah beberapa pasaraya mimie mencari..nggak ketemuiiin...lagipon resepi ni mimie skodeng dari kak ida 1001 resepi... kak ida pon ade memberitahu yellow corn meal ni, bole diganti dengan jagung kering yang dikisar.....ermmm...rasenyer memang tak lari dari rasa muffin jagung dari restoren popular tuuu....sedappp...cuma tidak lah berapa gebu dari muffin kenny...ehhhh..kalo dah sama nanti...mau totop restoren tu nanti....hihihi ape-ape pon...jom kita cuba muffin ni...



MUFFIN JAGUNG ALA KENNY ROGERS ROASTERS

Bahan-bahan :

1/2 cawan butter
2/3 cawan gula halus
1/4 madu
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan yellow corn meal/polenta (mimie guna jagung kering yg dikisar)
1/2 cawan susu segar
3/4 cawan jagong frozen

cara-caranya :-

  • Pukul butter, gula, honey hingga kembang dan masukkan telur dan garam. Pukul lagi hingga 'creamy'.

  • Di dalam mangkuk lain satukan tepung, baking powder (diayak) dan cornmeal.

  • Masukkan bahan tepung sedikit demi sedikit kedalam butter tadi dan diselang seli dengan susu segar. Pukul rata.

  • Masukkan jagung frozen. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dlam papercup atau cawan muffin.

  • Bakar pada suhu 180 selama 25-30 minit atau hingga keperangan.






Monday, 21 November 2011

12 tahun sudahhhh...



Alhamdulillah... mengharungi pahit manis hidup berumahtangga pada hari ini sudah menjangka ke-12 tahun. Mohon agar Allah s.w.t panjangkan usia perkahwinan ini dan memdapat berkat dariNya. Ameen.




Sunday, 20 November 2011

Laksa Assam



sebenarnya Laksa ni hari semalam mimie tung tang tung tang kat daporr.....atas permintaan encik somi. yee laa kan....masa cuaxa panas-panas ni sedap juga pekena laksa, lagipon dah lama tak menikmati laksa ni....
apalagi anak dare mimie pon amat suka makan laksa ni...tu yang berbuat-buat rajin ni...coti skola da bermula ni...macam-macam laaa anak dare tu order dari dapooo...jom jengah laksa versi sempoi mimie ni....


LAKSA ASSAM

1 peket laksa - direndam dan direbus hingga lembut
5 ekor ikan - mimie guna ikan mabong
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
1 inci belacan - dibakar
2 kuntum bunga kantan - di hiris
1 ikat daun kesum
5 keping asam keping
garam secukupnya

bahan hirisan :-
timun
bawang besar
cili padi
daun selom - mimie guna daun salad
limau kasturi
cili merah


bahan-bahan yang dihiris dimakan bersama laksa


Cara-caranya :-
  • Ikan dicuci bersih direbus bersama dengan sedikit garam Asingkan tulang dan isi ikan dan blend. tulang ikan di blend bersama air rebusan ikan dan tapis.
  • Blend bawang merah, bawang putih. 
  • Didalam periuk, masukkan air rebusan ikan, ikan yang telah di blend, bahan blend, asam keping, daun kesum, bunga kantan. Masak hingga kuah menjadi pekat sedikit. Perasakn dengan garam.
  • Makan bersama bahan-bahan hirisan tadi.


Bingka Cream Crackers/ Bingka Biskut Lemak



Tatkala melihat kueh bingka ni di blog kak umi...hati ni dah terpaut...mememng mimie peberet kueh bingka, tak kisah laa bingka tepung, labu, jagung...sumer mimie suka.... dah ler kak umi war-warkan kueh ni memeng sedapp...hati ni, meronta-ronta nak merasa sangat kueh nan satu ni....

... dan baru semalam mimie baru berkesempatan untuk mengadun kueh ni.... memang tak mengecewakan bagi peminat kueh bingka....memang sedapppppp...wallaweeiiii...tak rugi mencuba.... satu adunan , mimie dpt 2 loyang...maybe loyang mimie ni comey-comey kot, bg yang nak mencuba tu....try la wat 1/2 adunan dpt ler 1 loyang comey dalam anggaran 4-5 orang makan.... . dan oleh kerana dpt 2 loyang dapat la bagi jiran berdekatan merasa....amboiii...mimie dapat pujian weii...kembang skitt...ehehehhe

jom buat bingka niii...mimie just 'cnp' dari kak ummi...


BINGKA CREAM CRACKERS
Resepi : MYR kh267tm


Bahan:-

6 biji telur
450 gram gulamu (mimie n kak ummi 410 gram -gula castor)
170 gram tepung gandum
2 sudu teh pandan paste
285 gram tepung cream crackers (kisar biskut cream cracker)
1420 ml santan (akak guna 800 ml santan Kara dan selebihnya + air) - mimie guna 1200ml
2 sudu besar minyak sapi - mimie guna butter dicairkan
1 sudu teh garam
bijan (akk tambah) - mimie punnnnnn.....
 
Cara-Cara:-
  • Kacau gula n telur hingga gula larut. masukkan tepung gandum, gaul sebati.
  • Masukkan santan sedikit-sedikit dan kacau hingga santan habis. tapis.
  • Masukkan tepung biskut cracker, kacau sebati.
  • Masukkan garam, minyak sapi dan pes pandan. gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang yg bergris, masak sekejap atas dapur hingga pekat sikit (jun skip yg ni) - jun tabur bijan..(kebetulan bijan biasa habis..yg ade bijan hitam, bantai ajelah..tp cun plak eh? hihi..) - akak pun x masak, terus jek tuang dlm loyang bergris yang dipanaskan dulu selama 3 minit gitu...
  • Masukkan ke dalam oven n bakar hingga masak pada 160'c selama 1- 1 1/2 jam, keluarkan dan biar sejuk baru potong.



Friday, 18 November 2011

Moist Chocolate Caramel Cake



Demam kek karamel belom hilang-hilang lagi pada tekak ni.... masih lagi rindu dengan keenakan kek nan satu ni... sedap sesangat hasil gabungan coklat dan karamel dan sedap di makan tika panas dan sejuk. Bahan kek ni tidak sama semerti bahan kek karamel yg lain hanya menggunakan bahan kek chocolate moist resepi dari Munira Baharum.... hanya ditambah pada karamel sahaja... sedapp...sekejap jer dah licin pada kami....

Resepi ni mimie 'cnp' dari Kak June Ahmad rakan dari dunia 'MukaBuku' terima kasih kak June....






MOIST CHOCOLATE CARAMEL CAKE

~kek coklat moist~ (resepi munira baharum)

bahan A:

1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn gula (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn minyak msk - mimie guna minyak jagung
*semua bhn di atasgaul sebati n msk atas api perlahan...
*rehatkan kejap bila bhn dh sebati...

bahan B:

3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
*semua bhn ni diayak k...

bahan C:

4 bj telor (blender jer)

cara:

satukan bhn B dan C ke dlm bhn A...
secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...
dh sebati...ketepikan...


utk karamel:


bahan2:

2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek x melekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):

1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)
cara-caranya :-


tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...
bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu...
kuarkan dr oven...tuang adunan kek atas karamel...
pastu bakar cara bain marie gak selama 1 jam @ sampai masak...suhu 160c...
kuarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan...

**jgn terbalikkan masa panas2 nnti karamelnye pecah**


**pastikan karamel agak beku ye baru tuang adunan...kalo x nnti mmg bercampur lerr ngan karamel tuuu...


**karamel tu nk kukus pon boleh je...dh letak adunan kek baru bakar.
..







Thursday, 17 November 2011

Churros vs Kueh Belimbing



Pertama kali terpandang kudapan ni...hati dah terpaut.... nampak sedappp dan amat sesuai untuk di hidangkan kepada anak-anak mimie yang sedang membesar ni....

Betullah bak kata kak hana.... rasenyer macam creampuff version goreng....kalau creampuff kita bakar dan yang ni versi goreng... sedar tak sedar.... pinggan berganti pinggan kami melantakkk.... jom buat kudapan ni...bahan-bahan memang sudah tersedia ada dirumah...



CHURROS / KUEH BELIMBING
Sumber : hanamemories


Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara-cara
  • Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
  • Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
  • Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
  • Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm. 
  • Goreng hingga kekuningan dan angkat. Taburkan gula. Sedia utk dmakan!





Wednesday, 16 November 2011

Idaman tertunai sudah....



... sebenarnya, sudah lama mimie idamkan menu daging masak lemak cili padi bersama rebung ni... kecur lidah mengingati rebung yang popular sangat di Negeri Sembilan ni. apalagi kalau dapat bahagian tulang rusuk...fuhhh...makan tak hengattt orang belakang nanti...

Memandangkan suami mimie ni bukan penggemar rebung, salah satu sebab rebung bukan pilihan utama mimie dirumah. Iyalah...makan untuk seorang mana ada 'kick' kan...suka makan macam berebut-rebut...barulah "MASTERCHEF" kat rumah ni tersenyum lebar hingga ke pipi....

Oleh kerana 'ngidam' mimie tidak tertahan.... arrghhh, layan juga laa tekak ni nak makan rebung....
Haiitt...tekak 'Cek Abe" pon da boleh terima rupanyerrr.....wahh perkembangan yang baik nih.....bole laaa masak selalu.....ngeeeeeeeeeeeeeeeee....


TULANG RUSUK MASAK CILI PADI BERSAMA REBUNG MADU

Bahan-bahan :-

400g tulang rusuk - di rebus terlebih dahulu
1 batang rebung madu - hiris nipis
1 biji kelapa - diambil santan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
13 tangkai cili padi (mimie suka pedas, kalo x nak pedas bole adjust)
2 batang serai - diketuk
1 sudu kecil kunyit serbuk - kuniy hidup 1 inci
1 sudu besar kerisek
Garam secukup rasa



Cara-caranya:-
  • Santan di perah bersama air rebusan daging - tidak terlalu cair, pekat sedikit.
  • Kisar/tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit.
  • Didalam periuk, satukan bahan kisar, kerisek dan daging yang telah ditoskan. Masukkan rebung dan serai yang telah diketuk Masak dan kacau (kami panggil kecut) hingga air kering (dalam 5 minit) dan masukkan santan, kacau selalu bagi mengelakkan pecah minyak. Kuah dan serata, tutup api. siap.


Tuesday, 15 November 2011

Bubur Chacha



Bubur Chacha/cacar.... sedap di makan pada musim-musim sejuk ni... lemak-lemak manis. Bubur chacha ni rasenya macam bubur tepung gandum waktu mimie zaman kanak-kanak dulu, emak mimie selalu buatkan bubur tepung gandum... tapi bulat-bulat seperti buah pingpong.....lebih kurang begitu la rasenyer...(terkenang manisan waktu kecil dahulu) tapi bubur chacha yang ini halus-halus senang nak dimakan lebih-lebih lagi pada kanak-kanak.

Jom cuba resepi ini....


BUBUR CHACHA / CACAR


Bahan- bahan :-

1 cawan bubur chacha/cacar
3 cawan santan cair
1 1/2 cawan santan pekat
1/4 cawan gula merah/perang - mimie guna gula perang
1/2 cawan gula
2 helai daun pandah
1 sudu kecil garam
1 biji keledek merah (saiz sederhana) - potong dadu dan direbus terlebih dahulu


Cara-caranya :-
  • Rebus bubur cacar sehingga selama 10 minit atau lembut.
  • Gula merah/perang dimasak terlebih dahulu bersama 1 helai daun pandan. Tapiskan.
  • Masak santan cair, gula, garam, ubi keledek, daun pandan yang disimpul dan gula merah/perang yang telah ditapis, dan masukkan bubur chacha/cacar. Kacau rata untuk mengelakkan pecah minyak.
  • Dan masukkan santan pekat biar menggelegak sebentar dan tutup api.



Monday, 14 November 2011

Stew Daging


Misi.....misi ingin perabeskan stok daging korban di dalam 'esbok'. Daging korban ni mimie sayang kalau simpan lama-lama, takut 'manis' daging baru tu nanti dah jadi 'manis' dia macam daging biasa a.k.a daging kotak/ daging import. Mimie nak rasa manis daging baru tu masih kekal di dalam masakan harian.



....dan jalan-jalan teringin nak merasa masakan ala-ala chinese sejenis stew. Apalagi stok daging masih berbaki.... dan mahu mencuba resepi stew daging ini... Resepi ini mimie ambil dari kak Hana klik sini. sedapp.... manis-manis daging di campur dengan lada hitam...memang sedapp.... kene dengan tekak mimie ni... kalau yang ingin mencuba...jom tengok resepi...saya 'cnp' dari sana....


STEW DAGING
Resepi Asal : resepiraidah
Sumber  : Kak Hana memories


Bahan-bahan :-


500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang - resepi di bawah
1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay - mimie x letak
2 sudu tepung gandum - mimie letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam - mimie letak 1 sudu besar
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya. - mimie guna air rebusan daging
1 batang seleri dihiris - mimie tambah

Cara-caranya :-
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging. (mimie x goreng, just rebus n then baru goreng bersama lada hitam n garam).
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit). - daging da separa empuk dan tidak mengambil masa yg lama untuk masak hanya tunggu kuah menjadi pekat.
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat. 

  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.

  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi. 

  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak. 

  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

Sunday, 13 November 2011

Apam Gula Hangus



.... dalam cuaca yang tidak menentu ini, seringkali mimie pening kepala..... tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendahh... yang pasti mimie ni kurang suka minum air masak....  sejak dari dahulu mimie ni kurang gemar minum air masak, kalau minum pon tika menghadap makan tengahari ataupon makan malam.... hhmmmm... umur makin meningkat ni. kene laa ada kesedaran sikit untuk jaga kesihatan hatta dalam sejarah keluarga mimie ade penyakit 3 serangkai yang membahayakan kesihatan... ok laaa...kene perbanyakkan minum air masak, kurangkan gula, tambahkan senyuman.....

Sanatapan minum petang ni, mimie sajikan umtuk keluarga adalah Apam warisan zaman ke zaman... rasenya apam ni selalu makan di waktu kecil-kecil dahulu.... menggamit kenangan silam....amat sesuai  untuk mimie ni yang kene kurangkan gula...just nice jer rase dia..sedang-sedang....sedapp...gebuuu....




Resepi mimie ambil dari kak wana...mohon 'cnp' yer kakk....10q...


APAM GULA HANGUS
Sumber : kak wana
Sumber Asal : hazz 63MYR

Bahan-bahan :-

1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
1/4 sudu kecil baking powder - mimie tambah

Cara-caranya :-

  • Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan.
  • Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
  • Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
    Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  • Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik…kukus dlm 15 minit.
  • Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.